Trampolin

Seorang pemuda meloncat atas sebuah trampolin

Trampolin ([tram.po.lin]) ialah sejenis alat terdiri daripada suatu kain tahan lasak yang diregangkan pegas sekuat-kuatnya merentasi suatu bingkai besi. Pegas-pegas ini menyimpan tenaga potensi yang dikenakan setelah pengguna meloncat pada alat buat kali pertama lalu mengalihkan tenaga agar lebih mengangkat pengguna lebih tinggi daripada yang dialami pada loncatan pertama.

Berat jisim seseorang yang meningkat menjejaskan bilangan tenaga potensi dibawa semasa individu tersebut mendarat buat kali pertama lalu trampolin akan mengalirkan tenaga melalui pegas-pegasnya agar loncatan seterusnya menaik setinggi mungkin lebih daripada loncatan sebelumnya serenjang panjang regangan hasil daya yang dikenakan, sepertimana yang dibuktikan oleh hukum Hooke.[1]

Kegunaan

Aalat ini lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi umum, namun ia juga memainkan peranan utama dalam seberapa sukan khusus lain.

Dalam gimnastik

Ia diterapkan sebagai suatu jurusan utama sukan gimnastik; acara ini sendirinya dimasukkan dalam temasya Sukan Olimpik sejak tahun 2000 di Sydney. Model-model trampolin yang direka membolehkan atlet melompat setinggi 10 meter sambil mampu melakukan aksi putaran (misalnya jungkir balik) serentak.

Dalam latihan sukan lain

Trampolin turut digunapakai untuk melatih para ahli sukan membiasakan diri menggunakan kebolehan akrobatik yang dianggap penting dalam sukan tertentu dilibatkan dipersekitaran yang memerlukan masa tindak balas singkat termasuk selaman dan ski bebas. Ciri trampolin yang menganjal turut menjadikan temat latihan lebih selamat untuk para atlet.

Ia juga ditampilkan dalam pelbagai sukan berpasukan berbeza seperti Slamball (yang menggabungkan bersama bola keranjang) dan Bossaball (yang menggabungkan bersama bola tampar).

Lihat juga

  • Lansaran - lantai anjal digunakan orang Murut di Sabah

Rujukan

  1. ^ "How do Trampolines Get Their Bounce? Because of Newton's Basic Laws of Motion!". Astrojump Canada. Dicapai pada 17 Januari 2010.

Pautan luar

  • Kategori berkaitan Trampolines di Wikimedia Commons

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.