Tomorrow Victory
| Tomorrow Victory | |
|---|---|
| Genre | |
| Pengarah | |
Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Korea Selatan |
| Bahasa | Korea |
| Bilangan episod | 130 |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | MBC |
| Siaran asal | 2 November 2015 – 26 April 2016 |
| Laman sesawang | |
Tomorrow Victory adalah sebuah drama yang disiarkan di MBC pada tahun 2015 bagi menggantikan drama siri Eve's Love dan diikuti Good Person.
Sinopsis
Han Seung-ri, anak seorang pengasas kicap ditinggalkan oleh suaminya Cha Sun-woo untuk mengahwini bekas teman wanitanya, Seo Jae-kyung. Jae-kyung merupakan anak gadis kepada hartawan yang terkenal, Seo Dong-chun. Setelah kematian ayahnya, Seung-ri terpaksa bekerja keras untuk mengambil alih perniagaan ayahnya itu. Apabila mengetahui bahawa ayahnya mati dibunuh, Seung-ri bertekad untuk mencari pembunuh sebenar ayahnya. Setelah bercerai dengan Seung-ri, Sun-woo kemudian mengahwini Jae-kyung disebabkan dia ingin merampas harta dan syarikat keluarga Jae-kyung.
Dong-chun yang mengetahui niat Sun-woo itu mencuba untuk menghalang menantunya itu daripada mencapai niatnya namun bukan mudah apabila Sun-woo sentiasa mempunyai rancangan yang licik untuk menjatuhkan bapa mertuanya itu. Disebabkan Sun-woo, Dong-chun kini meringkuk kedalam penjara sehingga koma. Setelah mengetahui bahwa Sun-woo adalah penyebab kematian ayahnya, Seung-ri kemudian bekerjasama dengan Na Hong-joo. Mereka mula mendekati Jae-kyung dan mendedahkan kejahatan Sun-woo kepada Jae-kyung. Namun pada mulanya Jae-kyung tidak mempercayai kata-kata Seung-ri kerana dia beranggapan bahawa Seung-ri cemburukan hubungan mereka dan sengaja ingin memburuk-burukkan Sun-woo.
Namun segalanya terbongkar apabila Dong-chun telah sedar daripada koma. Dong-chun kemudian memberitahu Jae-kyung bahawa Sun-woo adalah punca dirinya meringkuk di penjara. Jae-kyung yang terkejut dengan penjelasan ayahnya itu lalu dia menceraikan Sun-woo. Seung-ri akhirnya menyerahkan segala bukti kejahatan Sun-woo kepada pihak polis dan Sun-woo akhirnya diberkas.
Pelakon
Watak utama
- Jeon So-min sebagai Han Seung-ri
- Song Won-geun sebagai Na Hong-joo
- Choi Phillip sebagai Cha Sun-woo
- Yoo Ho-rin sebagai Seo Jae-kyung
Watak pembantu
Keluarga Han Seung-ri
- Jeon In-taek sebagai Han Tae-sung (kameo)
- Lee Eung-kyung sebagai Gong Cho-hee
- Lee Ji-hyun sebagai Han Je-ri
Keluarga Na Hong-joo
- Lee Joo-shil sebagai Park Bok-soon
- Lee Han-seo sebagai Na Ja-doo
Keluarga Cha Sun-woo
- Lee Sang-sook sebagai Uhm Chung-shil
- Kim Min-chul sebagai Cha Jin-woo
Keluarga Seo Jae-kyung
- Han Jin-hee sebagai Seo Dong-chun
- Lee Bo-hee sebagai Ji Young-sun
Watak tambahan
- Choi Young sebagai Setiausaha Choi
- Kim Kwang-young Penyelia Park
- Lee Kyu-sub peminjam ah long
- Tae Hang-ho sebagai Kang Min-chul
- Son Sung-yoon sebagai Yoon Tae-hee
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.