Teluki
| Teluki | |
|---|---|
| Teluki merah | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Order: | Caryophyllales
|
| Keluarga: | Caryophyllaceae
|
| Genus: | Dianthus
|
| Spesies: | D. caryophyllus
|
| Nama binomial | |
| Dianthus caryophyllus | |
Teluki (Jawi: تلوکي) dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Carnation", mempunyai nama sains Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.
Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron. Di Tanah Tinggi Cameron iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21 °C) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.
Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray', banyak bunga bagi setiap tangkai.
Pokok Bunga Teluki boleh hidup selama 18-20 bulan. Pokok bunga bunga teluki boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok bunga teluki tumbuh menegak menjadikan pokok bunga teluki perlu diikat kepada penyokong. Garis pusat batang pokok bunga teluki boleh mencapai sehingga 1 cm. dan biasanya membengkak pada buku/ruas.
Lihat juga
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.