Teja

Teja (pinjaman Sanskrit: तेजस्, rumi: tejas - "mata pisau; [h]ujung lidah api; cahaya"[1][2]) atau pijaran ialah gerbang tinggi cahaya putih atau merah jambu yang luas yang terdapat di langit kerana zarah debu sangat halus terampai di kawasan-kawasan atmosfera yang tinggi. Teja boleh muncul di atas awan tertinggi dalam masa aram-temaram yang mendalam, atau terpantul dari lapangan salji tinggi di kawasan gunung lama selepas matahari terbenam. Zarah menghasilkan kesan serakan pada bahagian komponen putih cahaya.
Cahaya bertenaga tinggi dan frekuensi tinggi terserak keluar paling banyak dan bertenaga rendah yang tinggal, frekuensi rendah sampai ke pemerhati di ufuk semasa aram-temaram. Penghamburan cahaya ini dengan lebih lanjut bertukar merah jambu-merah. Tempoh masa ini disebut sebagai jam biru dan secara meluas dihargai oleh jurugambar dan pelukis kerana ia menawarkan imej yang menakjubkan.
Teja bermunculan secara terus-menerus hingga bayang-bayang Bumi (garis penamat) mengambil alih langit pemerhati apabila matahari terbenam dan bintang muncul, dengan planet Zuhrah sebagai objek yang paling terang (selepas bulan) boleh dilihat di langit malam hanya bertentangan dengan Jalur Zuhrah di titik antisuria.
Contoh fenomena seumpama
Selepas berlakunya letusan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883, matahari terbenam dengan kemerahan luar biasa di seluruh dunia akibat habuk seni yang sangat banyak ditiup jauh tinggi dari lingkungan gunung berapi tersebut sebelum tersebar oleh arus atmosfera yang tinggi ke serata pelusuk bumi; lukisan Der Schrei der Natur karya Edvard Munch mungkin menggambarkan teja dalam tempoh ini.
Galeri contoh
-
Matahari terbenam di Hong Kong selepas letusan Gunung Pinatubo 1991
-
Teja di pergunungan Slovenia, berhampiran Triglav Lakes Valley
-
Matahari terbenam di trek Bates College di Lewiston, Maine.
-
Teja di jeti di Australia
-
Teja di kawasan perumahan Kraków
Lihat juga
Rujukan
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 454. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 179–180. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
- ^ "tejas". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 24 Julai 2020.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.