Tamna
Tamna 耽羅 탐라 | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ???–1404 AD | |||||||
| |||||||
| Status | Negara merdeka (?–498, 925–938) Negara ufti Baekje (498–660) Negara ufti Silla (662–925) Negeri lindungan Goryeo (938–1105) Pentadbiran autonomi tempatan Goryeo (1105–1275, 1301–1392) Pentadbiran autonomi tempatan Dinasti Yuan sebagai Wilayah Tamna (1275–1301)[1] Pentadbiran autonomi tempatan Joseon (1392–1404) | ||||||
| Ibu negara | Mugeunseong (awal) Jejuseong (akhir) | ||||||
| Bahasa umum | Tamna, Korea Kuno, Korea Pertengahan, Japonik?[2] | ||||||
| Agama | Buddhisme, Konfusianisme, Shamanism | ||||||
| Demonim | Tamnan | ||||||
| Pemerintah | Monarki (?–938) Kawasan autonomi (938–1404) | ||||||
| Raja / Penguasa | |||||||
| Sejarah | |||||||
• Penubuhan | ??? | ||||||
• Kejatuhan | 1404 AD | ||||||
| |||||||
| Tamna | |
| Hangul | 탐라 |
|---|---|
| Hanja | 耽羅 |
| PDS | Tamna |
| MR | T'amna |
Sebahagian daripada siri tentang |
||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sejarah Korea | ||||||||
| Prasejarah | ||||||||
| Purba | ||||||||
|
||||||||
| Proto–Tiga Kerajaan | ||||||||
| Tiga Kerajaan | ||||||||
|
||||||||
| Negeri Utara Selatan | ||||||||
|
||||||||
| Tiga Kerajaan Akhir | ||||||||
|
||||||||
| Zaman dinasti bersatu | ||||||||
|
||||||||
| Zaman penjajahan | ||||||||
|
||||||||
| Pembahagian Korea | ||||||||
|
||||||||
| Mengikut topik | ||||||||
| Garis masa | ||||||||
| Gerbang Korea | ||||||||
Tamna (Korea: 탐라; Hanja: 耽羅) adalah sebuah kerajaan berpusat di Pulau Jeju dari zaman kuno sehingga ia diserap ke dalam Dinasti Joseon Korea pada tahun 1404, selepas tempoh panjang menjadi negeri ufti atau wilayah pentadbiran autonomi bagi pelbagai kerajaan Korea.
Keluarga Go (Jeju) ialah nama keluarga Penguasa (Korea: 성주; Hanja: 星主; RR: Seongju) yang memerintah Tamna Barat selama 400 tahun. Keluarga Moon (Nampyeong) ialah nama keluarga Putera (왕자; 王子; Wangja) yang memerintah Tamna Timur selama 400 tahun.
Nama
Kerajaan Tamna juga dikenali sebagai Tangna (탕나), Seomna (섬나), dan Tammora (탐모라). Nama lama 漱牟羅 /tammura/ dipercayai bermaksud "penempatan lembah", dengan komponen kedua mungkin berkaitan dengan perkataan Japonik mura yang bermaksud kampung atau perkampungan.[3]
Sejarah
Kerajaan Tamna juga dikenali sebagai Tangna atau Seomna, menurut legenda diasaskan oleh tiga dewa pendiri iaitu Go, Yang, dan Bu. Dewa-dewa ini muncul dari Samseonghyeol di kaki Gunung Tanna pada abad ke-24 SM.[4][5] Mereka menemui kotak yang dibawa oleh laut dari Jepun,[6] yang mengandungi tiga puteri, haiwan ternakan, dan benih biji-bijian. Ketiga-tiga dewa itu mengahwini puteri-puteri tersebut dan memulakan pertanian serta menetap di pulau itu, menubuhkan penempatan pertama yang menjadi asas kepada Tamna. Kisah ini menjadikan mereka sebagai nenek moyang legenda penduduk Jeju, termasuk keluarga Yang Tang yang terkenal.[7][8]
Bukti arkeologi menunjukkan penduduk Tamna telah aktif berdagang dengan Dinasti Han China, Yayoi Jepun, negara Asia Tenggara, dan Kerajaan Chola Tamil sejak abad pertama Masihi. Rekod sejarah awal mungkin merujuk pulau itu sebagai Juho dalam catatan Sanguozhi abad ke-3 M,[9] yang menggambarkan penduduk pulau tersebut sebagai masyarakat dengan bahasa dan budaya tersendiri yang berdagang dengan penduduk Mahan di tanah besar Korea. Walau bagaimanapun, identiti Juho sebagai Tamna masih diperdebatkan oleh sesetengah sarjana.
Pada tahun 476, Tamna memasuki hubungan ufti dengan Baekje, yang menguasai barat daya semenanjung Korea, dan kemudian menyesuaikan diri dengan Silla ketika pengaruh Baekje merosot. Silla memberi gelaran tetap kepada tiga putera Tamna iaitu Seongju, Wangja, dan Donae, gelaran yang kekal sepanjang sejarah Tamna. Tamna memperoleh kemerdekaan sementara selepas kejatuhan Silla pada 935, tetapi diserahkan di bawah pengaruh Goryeo pada 938 dan diilhak secara rasmi pada 1105. Walaupun diiilhak, Tamna mengekalkan kuasa autonomi tempatan sehingga 1404 apabila Joseon menegaskan kawalan pusat terhadap pulau itu.
Dalam tempoh ini, Tamna turut menjadi lokasi penting bagi peristiwa seperti Pemberontakan Sambyeolcho pada abad ke-13. Kajian linguistik moden menunjukkan nama lama Jeju, tammura berasal daripada bahasa Japonik yang bermaksud "penempatan lembah" atau "penempatan rakyat", menunjukkan bahawa sebelum abad ke-15, pulau itu pernah didiami oleh penutur Japonik sebelum digantikan oleh penutur Koreanik.[10]
Bahasa
| Tamna | |
|---|---|
| Jeju Kuno | |
| Asli kepada | Tamna |
| Etnik | Tamna |
| Era | abad ke-6 abad ke ?M[11] |
Japonik?
| |
Bentuk awal | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | – |
Bahasa Tamna dipercayai mungkin berasal daripada keluarga Japonik, sebelum akhirnya digantikan oleh bahasa Koreanik. Ahli bahasa Alexander Vovin membandingkan beberapa glos atau perkataan Tamna/Jeju Japonik dengan kata-kata daripada bahasa Japonik lain, menunjukkan adanya persamaan struktural dan leksikal yang menyokong hipotesis bahawa penduduk awal Jeju mungkin menggunakan bahasa berkaitan Japonik sebelum digantikan oleh bahasa berasaskan Korea pada zaman kemudian.[12]
| Melayu | Jepun Kuno | Proto-Ryukyu | Proto-Japonik | Japonik Jeju |
|---|---|---|---|---|
| mulut | kuti ~ kutu- | *kuti | *kutuy | kulle |
| dewa | kamï ~ kamu- | *kami | *kamuy | kam- |
| orang | tami | -- | *tamV | tam- |
| kampung | mura | *mura | *mura | -mura |
Catatan
- ^ "총관(摠管)". Academy of Korean Studies. Dicapai pada 2021-08-17.
- ^ Vovin, Alexander. 2013. 'From Koguryŏ to T'amna: Slowly Riding South with the Speakers of Proto-Korean.' Korean Linguistics, 15.2: 222–40.
- ^ Vovin, Alexander (2013). "From Koguryo to Tamna". Korean Linguistics. John Benjamins Publishing Company. 15 (2).
- ^ "Jeju (Cheju) Island Travel Information: Samseonghyeol". Dicapai pada 30 July 2014.
- ^ Lee, Peter H.; de Bary, William Theodore: Sources of Korean Tradition, Volume I: From Early Times Through the Sixteenth CenturyNew York: Columbia University Press(1997), ISBN 978-0-231-10567-5.
- ^ "한국역대인물 종합정보 시스템 – 한국학중앙연구원". people.aks.ac.kr. Dicapai pada 19 July 2020.
- ^ Il-yeon: Samguk Yusa: Legends and History of the Three Kingdoms of Ancient Korea, translated by Tae-Hung Ha and Grafton K. Mintz. Book Two. Silk Pagoda (2006). ISBN 1-59654-348-5
- ^ "Jeju Special Autonomous Province". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2004. Dicapai pada 16 May 2012.
- ^ Schuessler, Axel. ABC Etymological Dictionary of Old Chinese
- ^ Vovin, Alexander. 2013. 'From Koguryŏ to T'amna: Slowly Riding South with the Speakers of Proto-Korean.' Korean Linguistics, 15.2: 222–40.
- ^ Vovin 2017, m/s. 1,6.
- ^ Vovin 2017, m/s. 16.
Bibliografi
- Vovin, Alexander (2017). "Origins of the Japanese Language". Oxford Research Encyclopedia of Linguistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2023. Dicapai pada 30 September 2024.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.