Talut
| Raja Talut | |
|---|---|
| Raja Israel | |
Talut sedang mendengar muzik harp, oleh Rembrandt van Rijn, sekitar 1658. | |
| Pemerintahan | Sekitar 1047 SM sehingga 1010 SM |
| Pertabalan | di Gilgal |
| Pengganti | Nabi Daud a.s. |
| Pasangan | Ahinoam, anak perempuan kepada Ahimaaz |
| Ayahanda | Kish berdasarkan kepada Tanakh dari keluarga Matrites, dan anggota puak Benjamin, salah satu puak dari Israel. |
Talut (bahasa Inggeris: Saul; Bahasa Ibrani: שָׁאוּל, Baku Sha'ul Tabariyah Šāʼûl ; "ditanya untuk"; Arab: طالوت, Ṭālūt; Yunani: Σαούλ Saoul; Latin: Saul) (1079 - 1007 SM) adalah raja pertama bagi Kerajaan Israel yang bersatu (memerintah 1047 - 1010 SM) berdasarkan pada Kitab Yahudi. Talut merupakan salah seorang tokoh dunia yang paling tragik di sejarah. Riwayat hidup dan zamannya terkandung dalam Perjanjian Lama (1 Sam. 9-31) dan dalam al-Quran Surah Al-Baqarah (ayat 246-252). Beliau adalah seorang warga kampung yang berasal dari susur galur keturunan Bunyamin (saudara Nabi Yusuf a.s), suku minoriti di Israel Raya.
Kewujudan Israel sebagai sebuah negara diancam oleh Phillistin yang telah memperolehi teknik baru dalam pembentukan besi serta mempunyai monopoli senjata besi. Sistem kerajaan lama Israel dibawah hakim yang terpilih secara kasual tidak dapat memenuhi keperluan semasa. Orang ramai riuh meminta raja dan dengan perasaan enggan, kelompok pemerintah lama mengalah kepada mereka dan memilih Talut untuk tugas itu. Pada masa itu, Talut cuma merupakan seorang ahli muda daripada suku yang tidak penting.
Tanda kepemimpinan Thalut kemudian diperkuat dengan penemuan kembali “Tabut” (warisan sejarah perjuangan Nabi Musa dan Ya’kub) yang telah lama hilang. Syarat kekananan sebenarnya cukup penting, kerana mereka jelas memahami asam garam perjuangan masa lalu, tetapi harus dibuktikan keberkesanannya untuk membawa perubahan.
Talut mengejutkan setiap orang dengan keupayaannya. Beliau bukan sahaja murah hati dan bersifat sederhana, tetapi juga berani enggan mematuhi pemerintah lama secara membabi buta. Walau bagaimanapun, tekanan dan tanggungjawab pemerintahan beransur-ansur melemahkan keperibadiannya dan beliau semakin ada angin, berasa sangsi dan bertambah iri hati kepada kepopularan Nabi Daud a.s. yang semakin meningkat. Tambahan pula Nabi Daud merupakan orang yang menumpaskan Jalut yang gagah.
Talut mencapai banyak kemenangan, akan tetapi pada ujian terakhir di Pertempuran Gunung Gilboa, tenteranya yang jumlah dan kelengkapan tidak setanding dengan Phillistines mengalami kekalahan. Beliau mengalami cedera yang membawa maut dan membunuh diri dengan pedang sendiri. Talut diratapi oleh rakan dan musuhnya juga.
Rujukan
- World Book International. The World Book Encyclopedia, Jilid 17 (1994). ISBN 0-7166-6694-4.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
