Tabby
Tabby | |
|---|---|
Tabby pada tahun 2026 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Kelahiran | 18 Mac 2000 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon dan penulis lagu |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2019–kini |
| Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
| Anggota bagi | Dolla |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tabitha Ariel Lam (lahir 18 Mac 2000), juga dikenali oleh nama pentasnya sebagai Tabby[1], ialah seorang penulis lagu, pelakon, dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau dikenali meluas sebagai ahli kumpulan wanita Malaysia, Dolla, yang dibentuk pada 2019.[2][3]
Pendidikan
Tabby memperoleh ijazah Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor.[4]
Kerjaya
Tabby mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia muda. Minat beliau mendapat sokongan daripada keluarganya dan beliau pernah dihantar ke kelas nyanyian. Tabby juga pernah melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian, serta acara amal dan muzikal.[3] "Saya telah mencari label muzik untuk mengejar impian saya menjadi artis apabila saya melihat iklan untuk uji bakat untuk kumpulan wanita," kata Tabby dalam satu temubual bersama The Sun Daily.[3]
Tabby ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[5] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Tabby bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.
Selain bersama Dolla, Tabby telah merakamkan lagu bertajuk "Malaysia Di Hatiku" bersama Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Tabby menjelaskan bahawa kerjasama itu dilakukan kerana Universal Music Malaysia sedang mencari penyanyi wanita untuk menyumbangkan suaranya untuk lagu itu.[6]
Diskografi
Dolla
- "Dolla Make You Wanna" (2020)
- "Impikan"/"Watch Me Glow" (2020)
- "Raya Raya Raya" (2021)
- "Berani" (2021)
- "MWA" (2025)
- "Question" (2025)
Single promosi
- "Malaysia Di Hatiku" (2021)
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2024 | Harimau Malaya: The Untold Journey | Filem pertama |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2021 | Dolla Watch Me Glow | Dirinya sendiri | Astro Citra | Telefilem pertama |
Pencapaian
Pada Julai 2021, Tabby menjadi satu-satunya artis Malaysia tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik Tahun 2021 oleh TC Candler.[7][8]
Rujukan
- ^ "Girl group Dolla presents feminine image in new music video". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-11-11. Dicapai pada 2026-05-23.
- ^ "Biodata Penuh Tabby Penyanyi Kumpulan Dolla". Oh Hiburan!. 9 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Januari 2022.
- ^ a b c Mark Mathen Victor (9 Januari 2021). "A star from the start" [Sebutir bintang dari permulaan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 Januari 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Mac 2022). "Tabby Dolla genggam ijazah perniagaan". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mei 2022.
- ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
- ^ Fiza Kamarudin (17 Ogos 2021). "Semangat Patriotik Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii & Tabby Dalam Malaysia Di Hatiku". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Januari 2022.
- ^ Gerogie Joseph (15 Julai 2021). "Tabby Dolla 100 Wanita Tercantik". Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2022.
- ^ Hanisah Selamat (15 Julai 2021). "Dulu 'chubby', Tabby Dolla kini antara wanita tercantik di dunia". Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2022.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
