TVB

TVB
Tulisan Cina Tradisional無線集團有限公司
Tulisan Cina Ringkas无线集团有限公司
TVB Limited
Jenis/bentuk sahAwam SEHK: 0511,Templat:OTCBB
ISINHK0000139300
US8795313092 Sunting ini di Wikidata
IndustriPenyiaran televisyen
DitubuhkanBroadcast Drive, Kowloon, Hong Kong (1967)
PengasasDouglas Clague
Harold Lee
Run Run Shaw Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabat77 Chun Choi Street
Tseung Kwan O Industrial Estate;
New Territories, Hong Kong
Tokoh pentingSir Run Run Shaw
KeluaranTVB Jade, TVB Plus, TVB News Channel, TVB Pearl, TVBI, myTV SUPER, TVBS, TVBcom Limited, TVB magazine, dll.
HasilHK$5.21 bilion (2016-2017)
PemilikShaw Brothers Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan4519 (Disember 2005)
PembahagianTVB News Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.tvb.com
TMDB (syarikat): 79261
Facebook: tvbcom X: tvbcom Instagram: tvbcomhk Threads: tvbcomhk YouTube: UCJMJEBLhYT8VCVy0K82omfg Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

TVB Limited (dahulu dikenali sebagai Television Broadcasts Limited) (SEHK: 0511, Templat:OTCBB), dikenali ramai sebagai TVB, ialah stesen televisyen komersial ke udara percuma yang terulung di Hong Kong. Sejak memulakan penyiaran pada 19 November 1967,[1] TVB ialah satu daripada dua buah penyiar TV percuma di wilayah bekas jajahan British ini, di samping musuh ketatnya iaitu ViuTV.[2]

Am

TVB merupakan penyiar televisyen percuma (FTA) yang pertama di Hong Kong. Ketika memulakan penyiaran dahulu, TVB sering dipanggil "Televisyen Tanpa Talian" (Cina: 無綫電視) agar dibezakan dari satu-satunya penyiar televisyen kabel ketika itu, iaitu Rediffusion Television. Meskipun kini terdapat lebih daripada satu TV 'tanpa dawai' (yang satu lagi ialah aTV, pewaris Rediffusion Television), TVB masih dikenali sebagai "Televisyen Tanpa Dawai".

TVB merupakan penerbit rancangan bahasa Cina komersial yang terbesar, dilengkapi kakitangan sebanyak lebih kurang 4,500 orang, termasuk kira-kira 500 artis kontrak serta kakitangan di anak syarikat luar negeri. Pengerusi syarikat masa kini ialah Sir Run Run Shaw.[2]

TVB memiliki dua saluran percuma analog di Hong Kong, iaitu TVB Jade (tertumpu pada bahan berbahasa Kantonis) dan TVB Pearl (tertumpu pada bahan berbahasa Inggeris dan asing). TVB Jade menikmati bahagian pasaran penonton terbesar di Hong Kong. TVB turut melancarkan perkhidmatan televisyen terestrial digitalnya secara beransur-ansur, termasuk saluran definisi tinggi 24 jam iaitu HD Jade dan 2 saluran definisi biasa (J2 dan Interactive Information Channel)[3][4] TVB menerima guna H.264/MPEG-4 AVC sebagai kodek bagi semua saluran baru (Saluran siaran serentak turut dikodkan dalam format MPEG-2).[5] Selain itu, TVB menyediakan 12 saluran TV berbayar melalui syarikat sekutunya, TVB Pay Vision Limited.

TVB turut mencapai masyarakat Cina seberang laut melalui pengedaran bahan-bahan terbitannya ke tempat-tempat seperti Tanah Besar China, Taiwan, Macau, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Thailand, Malaysia, dan Singapura, melalui pelbagai saluran percuma mahupun berbayar, misalnya Astro Wah Lai Toi di Malaysia.[6] Di Taiwan, TVB beroperasi melalui anak syarikatnya TVBS.

Siri-siri dramanya disambut hangat di peringkat antarabangsa, dan kebanyakan bintang filem dan pop Hong Kong melancarkan kerjaya mereka di TVB. Acara-acara khas TVB seperti Sambutan Ulang Tahun TVB tahunan dipancarkan ke seluruh bumi. TVB juga mengadakan rancangan pencarian bakat seperti peraduan ratu cantik Miss Hong Kong dan Miss Chinese International. Peserta yang berjaya berpeluang ditawarkan kontrak TVB dan mewakili Hong Kong untuk menyertai peraduan ratu cantik peringkat antarabangsa, termasuklah Miss World.

Pusat Penyiaran TVB City

Pengurusan

Saluran

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Syarikat ini mendaftar pada 26 Julai 1965 C.R. No:0011781(Television Broadcasts Limited)—The Cyber Search Centre of the Integrated Companies Registry Information System
  2. ^ a b "Corporate Information". Television Broadcasts Limited. 2006. Dicapai pada 2007-06-14.
  3. ^ "Television Broadcasts Limited Provides Hong Kong's One-and-Only Free 24-Hour High Definition Channel". TVB. 12/12/2007. Dicapai pada 2007-12-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Picture imperfect". The Standard. 11/06/2007. Dicapai pada 11/06/2007. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  5. ^ OFTA, HKSAR Government (4/6/07). "Technical Standard for Digital Terrestrial Television Broadcasting - Statement of the Telecommunications Authority" (PDF). HKSAR Government. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-27. Dicapai pada 4/6/07. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ "Corporate Info". TVBI Company Limited. 2007. Dicapai pada 11/06/2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pinyin translated with CozyChinese.COM Diarkibkan 2008-08-17 di Wayback Machine

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.