TNB Integrated Learning Solution

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
PendahuluInstitut Latihan Sultan Ahmad Shah
Ditubuhkan1978; 48 tahun yang lalu (1978)
Ibu pejabatBangi, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingZulkifli bin Salahudin (Pengarah Urusan)
PerkhidmatanLatihan dan perundingan
Syarikat indukTenaga Nasional Berhad
Tapak webtnbilsas.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai TNB ILSAS; dahulu dikenali sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah) ialah cabang latihan dan perundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ditubuhkan pada tahun 1978 dan diperbadankan sebagai anak syarikat TNB pada September 2008, ILSAS telah menjalankan perniagaan latihan dan perundingan di Malaysia selama hampir empat dekad.[1]

Ia merekabentuk dan memudahkan program latihan untuk TNB, Suruhanjaya Tenaga , Agensi Kerajaan dan Pembekal Kuasa Bebas (IPP) mengenai program kecekapan teknikal. ILSAS juga membina modal insan bagi pasaran modal Malaysia menerusi Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik, Program Jurutera Elektrik Kompeten dan Program Kekompetenan Pencantum Kabel. Di samping itu, ILSAS bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membangun, menyelenggara dan mengendalikan Peperiksaan Kompetensi ST sebagai sebahagian daripada operasi pelesenan.[1]

Antara klien-klien TNB ILSAS termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Balai Seni Visual Negara, BASF Petronas Chemicals, DRB-HICOM Defence Technologies, Istana Budaya, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysian Newsprint Industries, Proton, Perodua, Tesco, Universiti Multimedia dan lain-lain.[2]

ILSAS diiktiraf oleh Institute of Leadership & Management (ILM) UK Approved Centre di Malaysia sebagai pusat latihan untuk kursus-kursus berkaitan kepemimpinan dan pengurusan.[3][4] ILSAS juga telah menerima pentauliahan daripada satu lagi badan antarabangsa, City & Guilds bagi program latihan teknikal.[5][6]

Rujukan

  1. ^ a b "TNB ILSAS: Company profile". TNB ILSAS. Dicapai pada 23 Mac 2018.
  2. ^ "TNB ILSAS: List of clients". TNB ILSAS. Dicapai pada 23 Mac 2018.
  3. ^ "TNB ILSAS diiktiraf pusat latihan ILM UK". Utusan Malaysia. 30 Januari 2019. Dicapai pada 15 Mei 2019.
  4. ^ "TNB ILSAS diiktiraf pusat latihan ILM UK". Berita Harian. 30 Januari 2019. Dicapai pada 15 Mei 2019.
  5. ^ Shahrizan Salian (25 November 2017). "Program ILSAS terima akreditasi City & Guilds". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  6. ^ "TNB's ILSAS received international recognition". New Straits Times. 24 November 2017. Dicapai pada 15 Mei 2018.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.