Syuin

Syuin (朱印, Hiragana: しゅいん, Jawi: شيوءين) ialah cap merah yang diberi kepada penganut dan pelawat keramat-keramat Syinto dan kuil-kuil Buddha di Japan. Cap tersebut biasanya dikumpulkan dalam sejenis buku yang dipanggil syuinchō (朱印帳) yang boleh didapati di kuil-kuil Jepun.[1] Buku cap tersebut itu pula disimpan di dalam sebuah beg tali cerut kecil yang dipanggil kincaku-bukuro (巾着袋).
Cap-cap yang digunakan dihasilkan oleh petugas-petugas kuil, seperti biku, sami atau kannusyi Syinto (pengurus kuil). Untuk hasilkan syuin, penulis mengecapkan satu atau banyak cap bersaiz besar, kemudian gunakan dakwat hitam untuk tulis nama kuil, lambang kuil, tarikh dan hari lawatan, dan maklumat-maklumat lain dalam kaligrafi.[2]

Ada pelbagai teori bagi asal-usul syuin, namun teori yang paling kuat mengatakan ia merupakan sebuah penyata bagi sebuah sutra salinan. Sesetengah kuil tidak akan memberi syuin melainkan individu yang memohonnya memberikan satu sutra atau sejumlah wang, tetapi kebanyakan kuil kini mengecaj sedikit sebanyak untuk satu syuin. Ia biasanya berharga 300 yen,[3] dan ada yang mengecaj bayaran sebanyak 1000 yen.[4] Di Kuil Itsukusyima, ada sebuah tanda yang menyuruh individu untuk mencurahkan perasaan mereka.
Syuinchō khas (dan kadangkala lembaran gantung) ada disediakan untuk orang-orang yang menunaikan ziarah seperti Penziarahan Kansai Kannon dan Penziarahan Syikoku. Penziarah Syikoku juga akan diberi syuin pada jubah putih yang mereka pakai.
Beberapa kuil Jōdo Syinsyū tidak memberikan syuin. Ini disebabkan ada yang mengatakan bahawa penziarahan ke kuil adalah untuk penyucian rohani dan bukannya semata-mata untuk mengumpul cap.[5]
Galeri
-
Syuinchō (朱印帳), buku cap merah
-
Kasane-in (重ね印), dua cap
-
Byakue (白衣), baju putih
-
Mikage (御影), bayang
-
Sange (散華), rebak,
-
Mangan no akashi (満願の証), penyata penuh
-
Syuin dari Kuil Dairen-ji (大蓮寺)
-
Penziarahan
Rujukan
- ^ 開運ご利益東京・下町散歩: スカイツリー周辺・下町・江戶パワースポット. 2011. ISBN 4056064512.
- ^ Wallin, L. (2017, 8 November). A Beginner's Guide to Goshuincho: How To Get One and How to Use It: Guides & Insights. Dicapai 1 Disember 2019.
- ^ 全国「一の宮」徹底ガイド. 2007. ISBN 4569669301.
- ^ "専用色紙に朱印もらおう 津で「七福神めぐり」". Chunichi. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2013. Dicapai pada 24 December 2012.
- ^ Ichiraku, M. (t.t.). 朱印をしない理由. Dicapai 2 Disember 2019.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.