Syam
Wilayah bersejarah Syam (Arab: الشام ash-Shām), atau kini dinamakan negara Suria (Hieroglifik Luwian: Sura/i; Yunani: Συρία; penulisan moden menggelarnya Suria Raya atau Suria Besar (Arab: سوريّة الكبرى), Suria-Palestin, bahasa Inggeris: Levant) terletak di rantau Timur Dekat bersempadan dengan timur Laut Mediterranean.
Etimologi dan penamaan
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa nama "Sham" itu merujuk kepada "langit" - bahasa Ibrani sham (שָׁמַ) diturunkan daripada kata bahasa Akkadia šamû yang mempunyai erti sama.[1]
Ada juga sumber yang menyatakan bahawa ia bermaksud "tanah tangan kiri" di mana arah tersebut dirujuk kepada kedudukan seseorang di Hijaz menghadap ke arah timur di maan arah utara itu di sebelah kiri pemerhati (lihat juga nama Yaman (اَلْـيَـمَـن, al-Yaman) yang bermaksud "[sebelah] kanan").[2] Malah, perkataan sham ini pula berakar daripada binaan huruf syin–hamzah–mim ش ء م yang merujuk kepada "nasib malang" atau "bala" - berkait kuat dengan bahagian kiri -, seperti mana yang tampak pada ejaan berbeza yang lain seperti شأم dan شآم.
Nama Syam itu sendirinya boleh merujuk kepada Damsyik,[3] sebuah kota yang dilihat sebagai suatu pusat perdagangan yang penting di rantau Tanah Arab.
Dalam sejarah Islam
Di zaman bermulanya tersebar Islam, ramai kafilah perniagaan daripada Makkah dan Madinah berulang alik untuk berniaga di Syam. Antaranya termasuklah tokoh perniagaan Khadijah binti Khuwailid yang kemudian berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Perang Siffin (Mei-Julai 657) juga berlaku di sini iaitu di tebing Sungai Furat, Syam (Syria). Ia terjadi apabila Muawiyah bin Abu Sufyan Gabenor Syria memberontak terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib yang lambat menghukum pembunuh bekas khalifah Uthman bin Affan.
Sila lihat
Pautan luar
- The History of the Ancient Near East The Ancient Levant
Levantine Cultural Center in Los Angeles
Rujukan
- ^ Caplice, Richard I.; Snell, Daniel C. (1988). Introduction to Akkadian. Gregorian Biblical BookShop. m/s. 6. ISBN 9788876535666. Dicapai pada 14 Ogos 2017.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Bosworth, Clifford Edomond (1997). "AL-SHĀM"". Encyclopaedia of Islam. 9. m/s. 261.
- ^ Tardif, P. (17 September 2017). "'I won't give up': Syrian woman creates doll to help kids raised in conflict". CBC News. Dicapai pada 6 Mac 2018.
- Braudel, Fernand, The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Phillip II
- Julia Chatzipanagioti: Griechenland, Zypern, Balkan und Levante. Eine kommentierte Bibliographie der Reiseliteratur des 18. Jahrhunderts. 2 Vol. Eutin 2006. ISBN 3981067428
- http://www.levantine.plus.com/index.htm Diarkibkan 2007-11-14 di Wayback Machine. Levantine Heritage Site. Includes many oral and scholarly histories, and genealogies for some Levantine Turkish families.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.