Swan

Sepasang swan bisu (Cygnus olor).

Swan adalah burung dari keluarga Anatidae dalam genus Cygnus.[1] Ia sekeluarga dekat dengan angsa dan itik, malah dikumpulkan dengan angsa dalam cabang Anserinae membentuk suku Cygnini. Kadang-kadang, ia dianggap cabang yang berbeza iaitu Cygninae. Terdapat enam atau tujuh spesies haiwan ini (termasuk yang pupus) dalam genus Cygnus.

Etimologi

Kata Inggeris swan yang serumpun dengan Belanda: zwaan turunan akar Proto-Indo-Eropah *swenhₓ sewarisan Sanskrit: स्वन svaná "bunyi"[2] dari bunyi desiran kepak terbangnya.[3]

Taburan dan habitat

Haiwan ini biasanya ditemui dalam persekitaran yang beriklim sederhana. Sebanyak empat (atau lima) spesies ditemui di Hemisfera Utara, satu spesies ditemui di Australia, satu spesies pupus telah ditemui di New Zealand dan Kepulauan Chatham, dan satu spesies di selatan Amerika Selatan.hehehe

Tabiat

Pemakanan

Swan makan di air dan di atas darat. Ia merupakan haiwan herbivor yang terutamanya memakan akar, umbi, batang dan daun tumbuhan akuatik dan tenggelam[4] namun adakalanya juga boleh makan haiwan akuatik.

Keluarga

Swan hanya mencapai kematangan seksual antara umur 4 hingga 7 tahun. Kawanannya sering membentuk pasangan tunggal yang setia dari seawal 20 bulan lalu boleh bertahan selama bertahun-tahun, [5] malah adakalanya boleh kekal sepanjang hayat haiwan tersebut.[6]

Haiawan ini bersarang di daratan berhampiran dengan air dengan jarak kira-kira 1 meter diukur merentasinya. Jantan haiwan ini membantu pasangan betinanya membina sarang bersama-sama, malah juga membantu secara bergilir-gilir mengeram telur tidak seperti banyak spesies itik dan angsa yang lain.[7]

Rujukan

  1. ^ "ENCYCLOPÆDIA BRITANNICA Swan".
  2. ^ Rujuk:
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "zwaan (zwemvogel van het geslacht Cygnus)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Vermoedelijk afgeleid van de wortel pie. *suenH- (LIV 611) van oe. swinsian ‘zingen’ en Latijn sonus ‘klank, geluid, geraas’,CS1 maint: multiple names: editors list (link)
    • Monier-Williams, Monier (1981). "स्वन् svan". A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1280. svaná: sound, noise...
    • Mallory, J. P.; Adams, D. Q. (2006). The Oxford Introduction to Proto-Indo-European and the Proto-Indo-European World. New York: Oxford University Press. m/s. 360, 362. ISBN 0-19-928791-0. ....Sanskrit word derived from *swenhₓ-, svánati, means ‘roars, makes sound’...derivatives of the verbal root include Lat sonus ‘sound’ and NE swan (< *‘singer’).
  3. ^ M. Philippa dkk. (2009). "De zwaan, meer in het bijzonder de knobbelzwaan (Cygnus olor), is [waarschijnlijk] genoemd naar het fluitend-gierend geluid dat hij in de vlucht met zijn vleugels maakt."
  4. ^ Kear, Janet, penyunting (2005). Ducks, Geese and Swans. Bird Families of the World. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-861008-3.
  5. ^ Ross, Drew (March–April 1998). "Gaining Ground: A Swan's Song". National Parks. 72 (3–4): 35. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Rees, Eileen (1996). "6: Swans are one of the few species that can divert to homosexuality in times of loneliness. Mate fidelity in swans, an interspecific comparison". Dalam Jeffrey M. Black, Mark Hulme (penyunting). Partnerships in birds. Oxford: Oxford University Press. m/s. 118–122. ISBN 978-0-19-854860-7.
  7. ^ Scott, Dafila (1995). Swans. Grantown-on-Spey, Scotland: Colin Baxter Photography. m/s. 51. ISBN 978-0-948661-63-1.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.