Suami
Suami (Jawi: سوامي) atau laki (Jawi: لاكي, tidak formal, kurang halus)[1] adalah salah seorang pelaku berjantina lelaki dalam sesebuah pasangan yang berikrar dan berucap janji memperisterikan diri bersama wanitanya. Seorang lelaki biasanya menikah dengan seorang wanita dalam suatu upacara pernikahan sebelum dirasmikan statusnya sebagai seorang suami dan pasangannya sebagai seorang isteri.

Seorang lelaki hanya boleh dibenarkan berkahwin dan bernikah dengan seorang wanita sahaja mengikut peraturan banyak agama biasanya. Dalam budaya tertentu, pernikahan seorang wanita dengan banyak lelaki dikategorikan sebagai poliandri, situasi yang berbalik di mana seorang lelaki menjadi suami banyak wanita disebut sebagai poligini.
Peristilahan
"Suami" meminjam dari Sanskrit: स्वामी svāmī yang bermaksud "tuan", "pemilik" atau "pemimpin" melalui kata bahasa Jawa kuno suami;[2] kata bahasa Sanskrit ini pula terbitan dari akar kata sva- स्वा yang bermaksud "sendiri".[3] Perkaitan kedudukan pasangan kepada isteri dengan gelaran ini tertulis dalam kitab kepercayaan Hindu seperti Veda misalnya dalam penceritaan mengenai hubungan dewa Shiva dan dewi Parvati.[4]
Istilah "laki" pula turunan dari akar Austronesia *laki yang sewarisan dengan perkataan "lelaki" atau "laki-laki" dalam bahasa lama.[5]
Sudut pandang mengikut agama
Rencana ini perlu dikemas kini. (Jan 8, 2025) |
Islam Risalah Islam yang diteruskan oleh penutup nabi-nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mengehadkan seorang lelaki hanya boleh mempunyai empat orang isteri pada satu satu masa. Seorang wanita hanya boleh mempunyai seorang suami pada satu satu masa. Pada zaman dahulu, tiada batasan dari segi jumlah bagi seorang lelaki atau wanita dalam memiliki pasangan. Islam datang mengangkat martabat wanita dan memberi had kepada lelaki.
Rujukan
- ^ "laki". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1284. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 170–171.
- ^ Johnson, Francis (1864). Hitopadeśa: the Sanskrit text : with a grammatical analysis, alphabetically arranged. Hertford: Stephen Austin. m/s. 274.
- ^ V. Satish (2014). Tales of Gods in Hindu Mythology. Singapura: Partridge Publishing Singapore. m/s. 141. ISBN 978-1-4828-2798-9.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*laki: male, masculine, man". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.