Stromae
Stromae | |
|---|---|
Stromae pada tahun 2011 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Paul Van Haver |
| Juga dikenali sebagai | Paul (mul) |
| Kelahiran | 12 Mac 1985 Etterbeek, Brussels, Belgium |
| Warganegara | Belgium |
| Genre | |
| Pekerjaan |
|
| Alat muzik | |
| Tahun aktif | 2000–kini |
| Diskografi | |
| Syarikat rakaman |
|
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Coralie Clément |
| Bapa | Pierre Rutare (mul) |
| Adik-beradik | Luc Van Haver (mul) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | mosaert |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Paul Van Haver [ˈpɔːl vɑn ɦɑvər] (lahir 12 Mac 1985) atau nama pentasnya Stromae [stʁomaj,[1] stro-mai] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Belgium yang mengkhusus dalam genre-genre hip hop dan muzik elektronik.
Beliau telah memenangi seberapa anugerah ternama sepanjang kerjayanya, termasuk Victoires de la musique - anugerah muzik berprestij Perancis - sebanyak 2 kali - pada tahun 2011 untuk album Cheese[2] dan 2014 untuk album Racine carrée.[3]
Biografi
Paul Van Haver lahir di Brussels pada 12 Mac 1985. Beliau berdarah campuran - ayahnya Pierre Rutare seorang arkitek etnik Tutsi dari Rwanda manakala ibunya Miranda van Haver seorang suri rumah dari Flanders.[4][5][6] Ayahnya terbunuh dalam sebuah pembunuhan beramai-ramai semasa melawati saudara-maranya di Rwanda, dia dan adik-beradiknya dibesarkan bersama ibunya di Laeken selepas itu.[4][7]
Beliau memulakan kerjaya muziknya sebagai seorang penyanyi rap dengan nama pentas Opmaestro sebelum menukar nama kepada "Stromae" tidak lama kemudian.
Lagu dari album pertamanya bertajuk "Alors on danse" segera menjadi masyhur dan mengungguli carta pertama di kebanyakan negara serata Eropah pada 2010.
Gaya muzik
Muzik dikaryakan beliau dalam genre hip hop dan muzik elektronik yang turut diterapkan unsur-unsur muzik dunia, lagi-lagi gaya muzik Congo yang didedahkan kepadanya semasa kecil.[8] Lagu-lagu yang digubahnya turut menarik perhatian kerana menyentuh topik-topik berat dan semasa dari krisis hubungan dalam keluarga[9] dan ketagihan media sosial[9] malah sejauh penderitaan kanser.[10][9]
Diskografi
Album studio
- Cheese (2010)
- Racine carrée (2013)
- Multitude (2022)
EP
- Juste un cerveau, un flow, un fond et un mic... (2007)
Mixtape
- Freestyle Finest (2006)
- Mixture Elecstro (2009)
Rujukan
- ^ Mortaigne, Véronique (28 Ogos 2013). "« Stromae : melting-pot belge »". Le Monde (dalam bahasa Perancis).
....Stromae, prononcer Stromaï, à la bruxelloise...
- ^ "Gaëtan Roussel, Lavilliers, Stromae et Ben l'Oncle Soul… vainqueurs des Victoires de la Musique" (dalam bahasa Perancis). Gala. 10 February 2011. Dicapai pada 22 April 2019.
- ^ "Palmarès 2014" (dalam bahasa Perancis). Victoires de la musique. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2014. Dicapai pada 22 April 2019.
- ^ a b "Tracing Stromae's Rwandan roots". www.newtimes.co.rw. Dicapai pada 2019-08-04.
- ^ Champenois, Sabrina (1 Mac 2011). "Le bel hybride". Libération.
- ^ Coljon, Thierry (24 Disember 2010). "Ma journée avec Stromae, de Laeken à Vilvorde" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2013. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan) - ^ Scott, Sayare (14 Oktober 2013). "Stromae: Disillusion With a Dance Beat". The New York Times. Dicapai pada 28 Oktober 2014.
- ^ Sagnard, Arnaud (September 2013). "« La formidable histoire de Stromae »". GQ France (dalam bahasa Perancis). No. 67. m/s. 126–133.
- ^ a b c Grosjean, Marianne (16 Ogos 2013). "Stromae sort un deuxième album aussi noir qu'inégal »". Tribune de Genève (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ Marolle, Emmanuel (19 Ogos 2013). "«Stromae, la danse des maux »". Le Parisien (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 Ogos 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan)
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
