Stolen base

Pemain yang memiliki rekod stolen base terbanyak dalam sejarah, Rickey Henderson mencuri tapak ketiga pada tahun 1988.

Dalam sukan besbol, stolen base (bahasa Melayu: curi tapak) ialah keadaan apabila pelari (bahasa Inggeris: baserunner) mara ke tapak (base) seterusnya apabila pitcher melemparkan bola ke plat rumah (home plate). Dalam statistik besbol, stolen base dipaparkan sebagai SB. Stolen base tidak mustahil berlaku untuk tapak kedua, tapak ketiga atau plat rumah tetapi ia mustahil untuk mencuri tapak pertama.

Jika pasukan bertahan sengaja atau tidak cuba untuk menyingkirkan pelari, permainan tersebut dipanggil defensive indifference (atau fielder's indifference). Tiada stolen base dikreditkan kepada pelari jika berlaku keadaan tersebut.[1] Defensive indifference biasanya akan berlaku berbanding stolen base apabila permainan berada di lewat inning dan pasukan yang memiliki stealing baserunner ketinggalan lebih daripada satu larian (run). Perkembangan ini disebabkan oleh keutamaan pasukan bertahan ialah untuk menyingkirkan pemukul (batter).

Strategi

Pemain yang mahir dalam mencuri tapak bukan sahaja memiliki kecepatan berlari, tetapi juga naluri mencuri tapak, kepantasan dan perkiraan yang tepat. Garis panduan untuk membolehkan pelari layak diberikan stolen base telah digariskan oleh peraturan 10.07 dalam buku peraturan Major League Baseball.[2]

Jika seseorang pemain itu baik dalam mencuri tapak, pengurusnya akan membiarkannya mencuri mana-mana tapak yang dia boleh. Seseorang pemain itu yang boleh mencuri mana-mana tapak dikatakan memiliki "lampu hijau". Pemain yang tidak mempunyai lampu hijau hanya dibenarkan untuk mencuri tapak apabila diarahkan oleh jurulatih atau pengurus.[3]

Catatan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.