Steven He

Steven He
Maklumat peribadi
Kelahiran (1996-12-31) 31 Disember 1996 (umur 29)
Shenzhen, China
PendidikanRegent's University London
Neighborhood Playhouse School of the Theater
Pekerjaan
  • Personaliti media sosial
  • pelakon
  • pelawak
  • pemain piano
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2019–kini
GenreKomedi lakaran
Pelanggan13.7 juta
Jumlah tontonan4.35 bilion
Dikemaskini pada 12 Januari 2026

Steven He (lahir 31 Disember 1996) ialah seorang personaliti media sosial, pelakon, dan pelawak warga China-Ireland yang kini menetap di Amerika Syarikat. Terkenal terutamanya dengan lakaran komedi sindiran di YouTube dan TikTok, beliau mula melonjak naik pada dekad 2020-an menerusi watak versi rekaan bapanya, yang keperibadiannya memparodikan stereotaip keibubapaan di Asia Timur. Beliau juga mempopularkan frasa "emotional damage" (kerosakan emosi).[1]

Biografi

Steven He dilahirkan pada 31 Disember 1996 di Shenzhen, China, di mana beliau tinggal sehingga berumur 8 tahun. Beliau berpindah ke Ireland pada tahun 2004 dan berulang-alik antara China dan Ireland. Beliau kemudiannya berpindah ke West Covina, California, dengan hasrat untuk menjadi seorang pelakon dan YouTuber.

Beliau memulakan saluran YouTube miliknya pada tahun 2019. Sebelum ini, beliau mempersembahkan lakaran komedi pendek di TikTok.[2] Sejak itu, beliau dikenali menerusi meme Internet "emotional damage", satu frasa tangkap yang tular selepas penerbitan video YouTube miliknya, "When 'Asian' is a difficulty mode", serta membintangi siri drama-komedi, Groundbreaking.[3] Pada tahun 2023, beliau memulakan siri Ginormo! di YouTube.[4][sumber lebih baik diperlukan]

Beliau memiliki dan memuat naik video ke tiga saluran YouTube: saluran nama sendiri Steven He, Steven He Live, dan Steven He Shorts.[5]

Pada September 2024, beliau diumumkan membuat penampilan sebagai "tetamu khas" dalam episod kedua musim ke-19 siri komedi lakaran BYU TV, Studio C.[6]

Pada tahun 2023, Steven He melakonkan watak Travis, seorang pelajar astronomi dan kekasih kepada watak utama dalam filem bebas Magnetosphere berandingan dengan Colin Mochrie dan Tara Strong. Filem ini ditayangkan pada musim panas 2025.[7][8]

Anugerah

Tahun Anugerah Tarikh Kategori Keputusan Ruj.
2023 Show Awards 27 Ogos 2023 Scripted Series (Siri Berskrip) Menang [9]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Wu, Julie (12 May 2022). "Celebrating AAPI Influencers Who Are Following Their Passions". Yahoo Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 May 2023.
  2. ^ Salkowitz, Rob (20 April 2022). "YouTube Comedy Star Steven He Is Definitely Not A Failure". Forbes.com (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "Press Release: Groundbreaking TV Series Re-frames Hollywood Portrayal of Archaeologists" (Siaran akhbar). Kiyo Films. February 23, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2022.
  4. ^ "Ginormo!". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-05.
  5. ^ "Creators On The Rise: Steven He got 3,000 rejections as an actor. So he decided to catch the studios' attention by going viral on youtube." Tubefilter (dalam bahasa Inggeris). 23 March 2022. Dicapai pada 3 May 2023.
  6. ^ BYUtv. "BYUtv's Viral Comedy "Studio C" Celebrates 3 Billion Views and 20 Seasons with 4 Special Guest Stars and Returning Original Cast Member". PR Newswire (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-05.
  7. ^ "Feature film Magnetosphere ready to roll in Sault Ste. Marie". Playback (dalam bahasa Inggeris). 9 June 2023. Dicapai pada 3 September 2025.
  8. ^ "Lego's First Live-Action TV Musical; Freestyle Acquisition; UK Film Festival Launch; Compañía De Cine Sales Pickup; Monkey Founders New Indie; Roel Reiné Thriller – Global Briefs". Deadline (dalam bahasa Inggeris). 9 July 2023. Dicapai pada 3 September 2025.
  9. ^ "13th Annual Winners". streamys.org (dalam bahasa English). Dicapai pada 2024-03-16.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.