Stadium Mazda
| Nama penuh | Stadium Perbandaran Hiroshima |
|---|---|
| Lokasi | 2-3-1 Minami-Kaniya, Minami-ku, Hiroshima, Jepun |
| Transit awam | R Sanyo Main Line di Hiroshima |
| Pemilik | Hiroshima City |
| Pentadbir | Hiroshima Toyo Carp |
| Kapasiti | 32,000 300 untuk kerusi roda Tempat duduk padang |
| Saiz Padang | Kiri Padang - 101 meter (331 ka) Kiri-Pusat - 116 meter (381 ka) Pusat Padang - 122 meter (400 ka) Kanan-Pusat - 116 meter (381 ka) Kanan Padang - 100 meter (328 ka) |
| Permukaan | rumput |
| Pembinaan | |
| Dibuka | 10 April 2009 |
| Arkitek | Masuoka Architectural |
| Kontraktor utama | Penta-Ocean Construction Co., Ltd. Masuoka Architectural Constructors Inc |
| Tuan rumah | |
| Hiroshima Toyo Carp (NPB) (2009–kini) | |
Stadium Mazda Hiroshima (MAZDA Zoom-Zoom スタジアム広島, Matsuda Zūmu-Zūmu Sutajiamu Hiroshima), juga dipanggil Stadium Perbandaran Hiroshima Baru (広島市民球場, Shin-Hiroshima Shimin Kyūjō), merupakan stadium besbol yang terletak di Minami-ku, Hiroshima, Jepun. Stadium ini digunakan lebih kepada sukan besbol dan ia merupakan gelanggang bagi pasukan Hiroshima Toyo Carp di Liga Pusat Jepun. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 32,000 orang dan ia dibuka pada 10 April 2009. Stadium ini telah menggantikan Stadium Perbandaran Hiroshima Pertama dan pada awalnya, ia mengekalkan nama lama stadium tersebut. Reka bentuk stadium ini dianggap sebagai stadium retroklasik.[1]
Pada 6 November 2008, Bandar Hiroshima menyerahkan hak nama stadium ini kepada Mazda Motor Corporation. Pada Oktober tahun yang sama, Mazda mengusulkan cadangan untuk menamakan stadium ini sebagai MAZDA Zoom-Zoom Stadium Hiroshima antara tempoh 1 April 2009 dan 31 Mac 2014. Pada 24 Disember 2008, Mazda memulakan kontrak bersama Bandar Hiroshima mengenai nama stadium dan melakukan nama ringkas stadium "Mazda Stadium (マツダスタジアム)". Nama "Zoom-Zoom" merujuk kepada kempen pemasaran yang dilakukan oleh Mazda.
Catatan
- ^ "Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima Reviews, Hiroshima Toyo Carp | Stadium Journey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 2012-08-01.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.