Songkran


Songkran ialah perkataan Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์, Songkran) berasal daripada bahasa Sanskrit saṅkrānti, yang digunakan bagi merujuk kepada Hari Tahun Baharu yang disambut di Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Sri Lanka, dan beberapa kawasan timur laut India, Vietnam, Sipsongbanna di China dan Kedah di Malaysia[1]. Songkran bermula apabila matahari memasuki Aries, tanda astrologi pertama dalam zodiak, menurut waktu siderius.
Selain nama Songkran di Thailand, ia turut dikenali dengan Sangken di kawasan India, perayaan percikan air di China, Tahun Baharu Sinhala di Sri Lanka, Tahun Baharu Khmer di Kemboja, Tahun Baharu Laos di Laos dan Thingyan di Myanmar.
Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak itu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.
Tradisi tahun baru
Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain. Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan pula ke arah orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga. Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan.
"Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara dan menunjukkan kesucian agama Buddha Siam dan bukan dicemarkan dengan perbuatan atau sambutan sebagai 'pesta liar' yang berlaku pada zaman sekarang di Thailand khususnya".
Ucapan
Ucapan tradisi tahun baru berbunyi "sa-wat-dee pi mai-thai" (สวัสดีปีใหม่ไทย) yang bermaksud "Selamat tahun baru Thailand", tetapi ramai orang lebih gemar mengucapkan "suk-san wan songkran" (สุขสันต์วันสงกรานต์) iaitu "Selamat Hari Songkran" kerana pi mai lebih kepada 1 Januari.
Lihat juga
Pautan luar
- (Inggeris) History of the Songkran Festival
- (Inggeris) Photos of Songkran water throwing
- (Inggeris) Video of Songkran festivities
- (Inggeris) Festival information, videos, pictures, and language guides
- (Melayu) Latar belakang Songkran.
- (Melayu) Video pesta Songkran
- ^ "Umno gesa sambutan Songkran Kedah masuk kalendar pelancongan". Malaysiakini. 2023-04-13. Dicapai pada 2024-04-14.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.