Solresol

Solresol ialah suatu bahasa buatan ciptaan François Sudre, bermula pada 1827. Beliau menerbitkan buku utama tentangnya, Langue musicale universelle, pada 1866, walaupun beliau telah mengiklankannya selama beberapa tahun sebelumnya. Solresol menikmati waktu popular seketika, mencapai kemuncaknya sebelum kematian Boleslas Gajewski yang telah menerbitkan Grammaire du Solresol pada tahun 1902.

Kosa kata

Perkataan bahasa Solresol dibentuk dengan hanya tujuh suku kata berdasarkan solfeggio. Suku kata tersebut boleh diwakili dengan pelbagai cara iaitu melalui nada not muzik berbeza, suku kata yang ditutur/nyanyikan (berdasarkan solfège, cara mengenalpasti not muzik), warna, simbol, isyarat tangan dan sebagainya.

Dalam bahasa ini, perkataan yang lebih panjang dibahagikan menjadi kategori maksud, berdasarkan suku kata atau not pertamanya. Perkataan yang bermula dengan 'sol' membawa maksud berkaitan kesenian dan sains, atau, jika bermula dengan 'solsol', penyakit dan perbuatan (cth, solresol, "bahasa"; solsolredo, "migrain").

Satu ciri unik Solresol adalah penafian maksud dengan membalikkan suku kata dalam perkataan. Contohnya, "fala" bermaksud baik atau sedap, dan "lafa" bermaksud tidak sedap atau tidak baik.

Jadual berikut menunjukkan perkataan-perkataan dua suku kata:

Suku kata pertama / kedua (tiada) -do -re -mi -fa -sol -la -si
Do- tidak, bukan (kala tak sempurna) saya kamu (tunggal) dia diri, sendiri seseorang lain-lain
Re- dan, dan juga saya, saya punya (kala lampau) kamu punya (tunggal) dia punya kami punya kalian, kalian punya mereka punya
Mi- atau, ataupun untuk siapa, yang mana, bahawa (kala depan) whose, of which baik-baik ada, lihatlah selamat petang/malam
Fa- to apa? dengan, bersama ini, itu (kala syarat) kenapa, untuk sebab apa baik, sedap (dimakan) sangat, amat
Sol- jika tetapi dalam / di dalam salah kerana (kata perintah) selama-lamanya, selalu, tanpa henti terima kasih
La- (artikel pasti) tiada, tak apa, tak siapa oleh sini, sana buruk, teruk tidak pernah, tidak akan (partisipel kini) kepunyaan
Si- ya, baik, setuju, dengan gembiranya sama (benda) setiap, tiap-tiap selamat pagi/petang sedikit, jarang Encik* pemuda, bujang* (partisipel pasif)

* Untuk menukar menjadi perempuan, stres diberikan kepada suku kata terakhir.

Ciri-ciri tambahan

Ciri-ciri lain Solresol termasuk:

  • amat saksama (sama senang susahnya untuk semua orang seperti bahasa buatan a priori lain)
  • sistem bersepadu (bahasa isyarat, warna, dll.) untuk kebanyakan jenis golongan cacat, boleh digunakan serta-merta tanpa pembelajaran khas)
  • mempercepatkan pembelajaran golongan buta huruf (hanya 7 suku kata atau tanda atau 10 huruf untuk dikenali dan dicam)
  • tiada kesusahan perlafazan
  • sistem yang amat ringkas tetapi berkesan untuk membezakan fungsi perkataan dalam ayat

Setelah disambut baik selama beberapa tahun, Solresol semakin dilupakan kerana disaingi bahasa-bahasa yang lain seperti Volapük dan Esperanto. Walaupunbagaimanpun, masih terdapat sebilangan kecil penggemar Solresol di merata dunia yang mampu berhubung sesama sendiri melalui bahantara elektronik seperti Internet berbanding pada masa lampau.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.