Siuru


Ahli kumpulan Siuru, belakang: Peet Aren, Otto Krusten; bahagian hadapan: Friedebert Tuglas, Arthur Adson, Marie Under, August Gailit, Johannes Semper dan Henrik Visnapuu

Pergerakan sastera Siuru, yang dinamakan sempena burung api dalam mitologi Finland, telah ditubuhkan pada tahun 1917 di Estonia.[1][2] Ia merupakan sebuah gerakan ekspresionisme dan neo-romantik yang bercanggah dengan tradisi formalis Pemuda Estonia.

Ahli-ahli

Bersama-sama dengan pengasasnya, August Gailit, gerakan ini turut disertai oleh penyair dan penulis muda berikut: Marie Under, Henrik Visnapuu, Johannes Semper, Friedebert Tuglas, Peet Aren, Otto Krusten dan Artur Adson. Di antara tahun 1917 dan 1919, Siuru telah menerbitkan tiga jilid puisi. Terdapat konflik dalam kumpulan ini pada 1919. Visnapuu dan Gailit meninggalkan kumpulan itu, manakala Johannes Barbarus dan August Alle menyertai sebagai ahli baharu.

Program

Ahli-ahli Siuru mempunyai kecenderungan terhadap futurisme dan impresionisme. Puisi mereka sering dianggap sebagai skandal kerana sifatnya yang erotik. Falsafah Siuru menekankan kebebasan jiwa manusia. Motto kumpulan ini termasuklah "Carpe diem!" dan "Semoga kegembiraan mencipta menjadi satu-satunya daya penggerak kami" (May the joy of creation be our only moving force). Cadangan kedua ini datang daripada Friedebert Tuglas. Simbol kumpulan ini ialah bunga kekwa putih.

Kepentingan

Muka halaman isu pertama mereka

Salah satu hasil utama daripada aktiviti Siuru ialah pemasyhuran sastera dalam kalangan masyarakat Estonia. Perkara ini membawa kepada perkembangan aktif sastera asli Estonia di Republik Estonia yang muda ketika itu. Walaupun gerakan itu sendiri tidak bertahan lama akibat kemerdekaan Estonia dan pergerakan sastera kebangsaan yang menyusul, ahli-ahlinya muncul sebagai tokoh utama dalam kesusasteraan Estonia. Ini terbukti sepanjang tempoh kemerdekaan pertama Estonia dan dalam komuniti sastera Estonia dalam buangan semasa pendudukan Soviet.

Marie Under (1883–1980) merupakan ketua pergerakan ini. Beliau menerbitkan buku pertamanya, Sonnets, pada tahun 1917. Walaupun beliau mendapat sambutan ramai, topiknya yang menyentuh soal erotik mengejutkan golongan konservatif. Ini merupakan motif yang diteruskannya dalam karya-karya seterusnya. Under kemudiannya melakar sejarah sastera yang panjang dan cemerlang baginya. Buku terakhirnya diterbitkan pada tahun 1963.[2]

Artur Adson (1889–1977) pula menerbitkan koleksi puisi pertamanya, The Burning Soul, pada tahun 1917. Koleksi ini dan juga koleksi seterusnya, Old Lantern (1919), terdiri daripada puisi cinta zaman mudanya. Adson kemudiannya meluaskan lagi genre penulisannya. Ini termasuk menangani isu-isu sosial dalam bentuk klasik. Adson turut menulis banyak drama. Dramanya, Four Kings, yang mengisahkan tentang kebangkitan Estonia pada tahun 1343, dianggap sebagai karyanya yang paling mengujakan. Beliau terus menulis dalam buangan dan turut menerbitkan beberapa buku memoir. Beliau menulis buku terakhirnya pada tahun 1953. Adson merupakan suami kedua Marie Under.[2]

Rujukan

  1. ^ Jean Albert Bédé, William Benbow Edgerton, Columbia Dictionary of Modern European Literature, Columbia University Press, 1980, ISBN 0-231-03717-1, p237
  2. ^ a b c Rubulis, Aleksis. Baltic Literature. University of Notre Dame Press,1970.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.