Sim Chon Siang
Yang Berhormat encik Sim Chon Siang | |
|---|---|
| 沈春祥 | |
| 0 0 | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi teruntum | |
| Menyandang jawatan 2 Disember 2022 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
| Portfolio | Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia[note 1] |
| Didahului oleh | Nazri Ngah (Hal Ehwal Pengguna) Mohd Johari Hussain (Sumber Manusia) |
| Digantikan oleh | 0 |
| Kawasan pilihan raya | Teruntum |
| Majoriti | 0 |
| Ahli Dewan Negeri Pahang | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Teruntum | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Kawasan pilihan raya | teruntom |
| Majoriti | 4,437 (2013) 7,725 (2018) 8,659 (2022) |
| Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang | |
| Menyandang jawatan 31 Julai 2025 | |
| Presiden | Anwar Ibrahim |
| Pengerusi | Ahmad Farhan Fauzi |
| Didahului oleh | 0 |
| Digantikan oleh | 0 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 0 1966 (umur 59–60) amianet |
| Meninggal dunia | amianet |
| Tempat semadi | amianet |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Tinggi | 0 |
| Pasangan | 0 |
| Pertalian | 0 |
| Anak | 0 |
| Ibu bapa |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | 0 |
| 0 | |
Sim Chon Siang merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi Teruntum sejak Mei 2013.
Beliau merupakan ahli, Naib Pengerusi Negeri dan Timbalan Ketua Cabang Kuantan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR).[1] Beliau merupakan salah seorang daripada hanya dua Ahli EXCO Pahang daripada PH dan berketurunan Cina Malaysia, bersama ADUN Triang, Leong Yu Man.[2][3]
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Pahang 2022 telah menyaksikan penubuhan Dewan Undangan Negeri tergantung buat pertama kali dalam sejarah negeri itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Wan Rosdy daripada BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN dan PH membentuk kerajaan campuran negeri pada 28 November 2022. Pada 2 Disember 2022, Sim telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang oleh Menteri Besar Wan Rosdy. 12 hari kemudian, pada 14 Disember 2022, Sim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, menggantikan dua portfolio terdahulu daripada bekas ADUN Pulau Tawar, Nazri Ngah dan satu lagi portfolio daripada bekas ADUN Tioman, Mohd Johari Hussain.[4]
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2013)
Pilihan raya negeri Pahang 2013
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2013, Sim telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), Chang Hong Seong, dan memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,385 undi serta majoriti 4,437 undi.
Pilihan raya negeri Pahang 2018
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN) dan Azizah Mohd Ali dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,227 undi dan majoriti sebanyak 7,725 undi.
Pilihan raya negeri Pahang 2022
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN), Yap Kim Heng dari Perikatan Nasional (PN) dan Khairul Afifie Abdullah dari Parti Pejuang Tanah Air. Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,983 undi dan majoriti sebanyak 8,659 undi.
Keputusan pilihan raya
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N14 Teruntum | Sim Chon Siang (PKR) | 12,385 | 60.91% | Chang Hong Seong (MCA) | 7,948 | 39.09% | 20,650 | 4,437 | 82.07% | ||
| 2018 | Sim Chon Siang (PKR) | 12,227 | 61.85% | Tee Choon Ser (MCA) | 4,502 | 22.77% | 20,207 | 7,725 | 81.66% | |||
| Azizah Mohd Ali (PAS) | 3,039 | 15.37% | ||||||||||
| 2022 | Sim Chon Siang (PKR) | 12,983 | 58.63% | Tee Choon Ser (MCA) | 4,304 | 19.44% | 22,377 | 8,659 | 72.53% | |||
| Yap Kim Heng (Gerakan) | 3,676 | 16.60% | ||||||||||
| Khairul Afifie Abdullah (PEJUANG) | 1,180 | 5.33% | ||||||||||
Nota
- ^ Menerima portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
- ^ "Saudara Sim Chon Siang". keadilanrakyat.org.
- ^ "Calon PRU Sim Chon Siang". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Majlis Mesyuarat Kerajaan". www.pahang.gov.my.
- ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". www.bharian.com.my. 14 Disember 2022.
- ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
