Shiruko
| Shiruko | |
|---|---|
| Jenis | Bean soup, wagashi, shirumono, azuki bean based food |
| Tempat asal | Jepun |
| Bahan yang biasa digunakan | Kacang Merah |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Shiruko (汁粉), atau oshiruko (お汁粉) dengan kata hormat o (お), ialah sejenis manisan Jepun[1] Manisan ini merupakan bubur manis diperbuat daripada kacang azuki yang direbus dan dihancurkan kemudian dihidangkan di dalam mangkuk bersama dengan mochi yang kenyal. [1][2] Terdapat pelbagai jenis shiruko, contohnya shiruko dengan buah berangan manis shiruko dengan dumpling tepung beras pulut selain mochi.
mochi melekit separa cair dan bubur kacang merah yang manis dan hangat dinikmati oleh masyarakat di Jepun, terutamanya semasa musim sejuk. [2] Shiruko biasanya dihidangkan bersama dengan hidangan sampingan yang masam atau masin seperti umeboshi atau shiokombu untuk menyegarkan lelangit disebabkan shiruko ini terlalu manis sehingga rasanya agak muak selepas beberapa ketika.
Jenis
Terdapat dua jenis shiruko berdasarkan kaedah memasak kacang azuki yang berlainan. Kacang Azuki boleh diolah menjadi perencah, dihancurkan tanpa mengekalkan bentuk asalnya, atau campuran rencah dan kacang yang dihancurkan kasar.[2]
Terdapat hidangan yang serupa, zenzai (善哉/ぜんざい), yang dihasilkan daripasa pes pekat yang panas dan kurang berair daripada shiruko, seperti tekstrur jem atau marmalade. Di kawasan barat Jepun, zenzai merujuk kepada jenis shiruko yang diperbuat daripada campuran pes dan kacang hancur.[2] Di Okinawa pula istilah zenzai biasanya merujuk kepada sup kacang yang disajikan di atas ais yang dicukur dengan mochi. Taburan lain, seperti susu pekat manis, kadang-kadang ditambah untuk menyedapkan lagi rasa.
Di wilayah Tottori dan Shimane, shiruko juga digunakan untuk zōni, sejenis sup khas dinikmati saat menyambut Tahun Baru.
Galeri
Turut lihat
- Hong dou tang
- Patjuk
Rujukan
- ^ a b "shiruko Japanese". Uwajimaya. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-21. Dicapai pada 2007-11-13.
- ^ a b c d Otani, Hiromi (2004-03-15). "Shiruko: Sweet Bean Soup to Warm You Up in Cold Weather". Nipponia No.28 on Web Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2007. Dicapai pada 2007-11-13. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "nipponia" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Templat:Japanese food and drinkMakanan dan minuman Jepun
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
