Shinnosuke Abe

Shinnosuke Abe
Abe bersama Yomiuri Giants
Yomiuri Giants – No. 80
Catcher / Jurulatih
Dilahirkan: (1979-03-20) 20 Mac 1979 (umur 47)
Urayasu, Chiba, Jepun
Pukulan: Kiri Balingan: Kanan
debut
30 Mac, 2001, untuk Yomiuri Giants
Statistik kerjaya
(melalui Musim 2019)
Purata pukulan.284
Home run406
RBI1,285
Pukulan2,132
Pasukan
Pemain

Jurulatih

  • Yomiuri Giants (2020–kini)
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Shinnosuke Abe (阿部 慎之助, Abe Shinnosuke, lahir 20 Mac 1979) merupakan bekas pemain besbol profesional Jepun yang menghabiskan 19 tahun kariernya bersama pasukan Yomiuri Giants di Nippon Professional Baseball. Beliau berkhidmat sebagai kapten pasukan dari tahun 2007 sehingga 2014. Beliau pernah dinobatkan sebagai MVP Siri All-Star Nippon Professional Baseball sebanyak dua kali pada 2007 dan 2010.

Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Jepun semasa kejohanan World Baseball Classic 2013. Beliau telah memukul dua home run dalam inning yang sama ketika aksi menentang Belanda sekali gus menjadi pemain pertama dan satu-satunya pemain dalam sejarah WBC yang mencapai rekod itu.

Pada 24 September 2019, Abe mengumumkan bahawa beliau akan bersara selepas musim 2019, iaitu musim ke-19 beliau beraksi di NPB.[1]

Abe kemudian disenaraikan sebagai pengurus skuad kedua Giants untuk musim 2020.

Catatan

  1. ^ Coskrey, Jason (September 30, 2019). "Giants star Shinnosuke Abe bows out as one of NPB's great catchers". The Japan Times. Dicapai pada January 5, 2022.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.