Sheeda

Sheeda
Nama lahirSayyida Beevi binti M. Shahul Hameed
Juga dikenali
sebagai
Sheeda Dangdut
Kelahiran (1964-01-21) 21 Januari 1964 (umur 62)
Tumpat Sunting nilai ini di Wikidata
AsalTumpat, Kelantan, Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreDangdut & Pop
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakamanWarnada Record (1988)
Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (1996–1997)
Sheeda Entertainment (1998–kini)
Kegiatan berkaitanMascara, Amelina, Mas Idayu, Ani Maiyuni
Anggota keluarga/pasangan
AnakBienda
Pautan berkaitan
Pautan lainDiscogs: 4880118 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sayyida Beevi binti M. Shahul Hameed (lahir 21 Januari 1964) atau lebih dikenali sebagai Sheeda merupakan seorang penyanyi era 80-an yang mula komersial dan popular pada pertengahan era 90-an di Malaysia. Selain itu, Sheeda juga sinonim dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia oleh peminat-peminatnya, SheedaDanz. Bintang dangdut Malaysia ini juga merupakan ibu kepada penyanyi Bienda dan kakak kepada pelakon Norseha Hameed. Pada tahun 2015, beliau telah menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Ke-2 dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia[1].

Perkahwinan dan keluarga

Sheeda pernah berkahwin sebanyak 3 kali sebelum beliau berkahwin dengan seorang jejaka muda iaitu Sukri Hashim yang merupakan seorang guru sekolah.[2] Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, beliau telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda bersama Razali Desire manakala Allahyarham Nurfazlinda Fazli bersama ahmad Fazli.[3] Bersama Sukri pula beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aiman. Pada sekitar penghujung tahun 2019, Sheeda telah mendedahkan secara rasmi menerusi temubual eksklusif dilaman YouTube Wafa TV bahawa beliau dan Sukri telah pun bercerai. Kini, beliau kembali menjalani kehidupan solo semula bersama anak-anak tersayang. Anak ketiga nya iaitu Nurfazlinda Fazli telah meninggal dunia pada 28 mac 2024 akibat kanser hati.

Diskografi

Album Studio:

  1. Angkat Kaki (1995)
  2. Ronggeng (1998)
  3. Goyang Dangdut Volume 1 Sheeda (2009)
  4. Angkat Tangan (TBA)

Album Kerjasama:

  1. Lukisan Cinta bersama Erie (1988)
  2. Hari Ini Hari Raya (1995)
  3. Dang Dang Dut (1996)
  4. Puteri Dangdut (1996)
  5. Dang Dang Dut 3 (2005)
  6. Semarak Dangdut (2005)

Album Kompilasi:

  1. Memori Hit 3D Dangdut (2009)
  2. Memori Hit Dangdut Raya (2009)
  3. Super Dangdut (2012)
  4. The Boom Dangdut (2014)

Pencapaian

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  1. 1996 - Artis Baru Wanita Terbaik (Top 5).
  2. 1996 - Album Pop Tradisional Terbaik menerusi album Angkat Kaki (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  1. 1995 - Separuh Akhir Muzik Muzik 10 menerusi lagu Angkat Kaki.
  2. 1996 - Separuh Akhir Muzik Muzik 11 menerusi dua lagu iaitu Sini Cinta Sana Cinta (duet bersama Amelina) dan Buaya Darat.

Pencapaian lain:

  1. Anugerah Platinum - menerusi album Angkat Kaki.
  2. Anugerah Platinum - menerusi album Dang Dang Dut (jumlah jualan: 350,000 unit).
  3. Anugerah Platinum - menerusi album Puteri Dangdut (jumlah jualan: 200,000 unit).

Gegar Vaganza 2015

Beliau tersingkir di minggu keempat. Pada minggu kesembilan Gegar Vaganza, Sheeda bersama salah seorang bekas peserta program tersebut iaitu Azian Mazwan Sapuan telah membuat persembahan khas di malam konsert akhir Gegar Vaganza.

Minggu 1: Angkat Kaki (lagu sendiri)

Minggu 2: Semakin Hari Semakin Sayang (nyanyian asal Uji Rashid)

Minggu 3: Hantu Atau Buaya (nyanyian asal Nanasheme)

Minggu 4: Tiada Lagi - duet bersama Aweera (nyanyian asal Mayang Sari)

Minggu 9: Selamat Jalan Romeo - duet bersama Azian Mazwan Sapuan (nyanyian asal Ramlah Ram)

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.