Shadan Hashim
Shadan Hashim | |
|---|---|
Shadan di majlis tayangan perdana filem Jerangkung Dalam Almari. | |
| Kelahiran | Mohammad Shadan bin Hashim 27 Oktober 1975 |
| Pendidikan | Diploma Pembikinan Filem |
| Pusat pendidikan | Akademi Filem New York @ Universal Studios |
| Pekerjaan | Pengarah animasi, pengarah filem, penulis |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Pasangan | Puteri Suraya Jalani (k. 2010) |
Mohammad Shadan Hashim (lahir 27 Oktober 1975) ialah seorang pengarah animasi, pengarah filem dan penulis Malaysia. Bakat beliau mula menyerlah selepas mengarahkan siri animasi tv Anak-anak Sidek pada 1999 dan filem cereka Haru Biru pada tahun 2007.[1]
Kerjaya
Shadan memulakan karier dalam bidang seni, hiburan dan filem pada tahun 1995 apabila bertugas sebagai visualiser di sebuah syarikat penerbitan filem animasi, Peninsular Pictures Sdn Bhd. Pada tahun 1997, dia bertugas di syarikat Pengedaran JAS Sdn Bhd sebagai pembantu pengarah animasi. Bakat anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula menyerlah bila beliau ditawarkan untuk menyandang jawatan pengarah animasi untuk projek siri animasi tv, “Anak-anak Sidek”. Siri animasi tv ini mendapat sambutan hangat dari penonton dan menerima anugerah animasi terbaik di Anugerah Universiti Multimedia, Anugerah Oskar PPFM, finalis Anugerah Seri Angkasa dan mendapat jemputan ke Festival Filem Animasi Iran pada waktu tayangannya di RTM sekitar tahun 2000-2001.
Memiliki Diploma of Filmmaking dari New York Film Academy @ Universal Studios pada tahun 2000, Shadan seterusnya menceburkan diri dalam "live action film" dan mengarahkan filem sulungnya terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd, “Cinta 200 Ela” pada tahun 2002, iaitu seawal umur 26 tahun. Diikuti dengan dua telefilem VCD genre seram bertajuk “Jembalang yang Hilang” dan “Volkswagen Kuning” pada tahun 2003. Telefilem VCD tersebut mendapat sambutan baik dan terjual sebanyak 35 ribu unit.
Selepas itu pada tahun 2004, dia kembali mengarahkan siri animasi tv Anak-anak Sidek yang mendapat tawaran musim baru di RTM dan terbabit dalam penghasilan siri animasi tv Edy dan Cici.
Shadan pernah bekerjasama dengan pengarah U-Wei Hj Saari pada 2005 sebagai pembantu pengarah dan juga editor untuk projek filem pendek “Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku Di Tanjung Rambutan” yang berjaya mengangkat nama negara di Festival Filem Cannes pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, Shadan Hashim telah mengarahkan sebuah filem cereka bertajuk “Haru Biru”. Kali ini dia berkerjasama dengan Adlin Aman Ramlie yang juga penulis skrip untuk filem itu. Walaupun dengan bajet yang rendah serta menggunakan pendekatan "filem indie" dan "guerilla filmmaking", filem Haru Biru yang hanya ditayangkan di 21 buah panggung telah berjaya mendapat kutipan bersih sebanyak RM 70,000. Filem ini juga mendapat banyak pujian dari pengulas serta pengkritik filem tempatan lalu mengetengahkan nama Shadan Hashim dalam persada filem tanah air.
Kehidupan peribadi
Shadan berkahwin dengan Puteri Suraya Jalani pada 2010 dan dikurniakan 3 anak. Puteri Suraya ialah anak sulung bekas pemain badminton negara, Jalani Sidek dan bekas isterinya, Raja Azmi.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Catatan | |
|---|---|---|---|---|
| Pengarah | Penulis | |||
| 2002 | Cinta 200 Ela | Filem arahan pertama | ||
| 2007 | Haru Biru | |||
| 2016 | Volkswagen Kuning | |||
| 2022 | Jerangkung Dalam Almari | |||
Drama
- Anak-anak Sidek (1999-2003)
Rujukan
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.