Setabu

Setabu
Desa
Pejabat Desa Setabu
Pejabat Desa Setabu
Map
Peta interaktif bagi Setabu
Koordinat: 4°05′11″U 117°49′18″T / 4.08639°U 117.82167°T / 4.08639; 117.82167
NegaraIndonesia
ProvinsiKalimantan Utara
KabupatenNunukan
KecamatanSebatik Barat
Keluasan
 • Jumlah
3,454.98 km2 (1,333.98 batu persegi)
Penduduk
 (2023)[1]
 • Jumlah
4,034
Poskod
77483

Setabu (secara rasminya dikenali sebagai Desa Setabu) ialah sebuah desa di Kecamatan Sebatik Barat, satu daripada 21 unit kecamatan yang membentuk Kabupaten Nunukan di bahagian utara Kalimantan Utara, Indonesia.[1][2]

Geografi

Setabu merupakan satu daripada empat desa yang membentuk Kecamatan Sebatik Barat,[1][2] pada bahagian timur laut Kabupaten Nunukan.[3][4] Setabu mencakupi keluasan sekitar 3,454.98 km2 (1,334.0 bt2).[3]

Setabu berkongsi sempadan dengan desa-desa lain seperti Binalawan pada bahagian barat desa. Selain itu, satu desa di dalam Kecamatan Sebatik Tengah iaitu Bukit Harapan berkongsi sempadan dengan Setabu pada bahagian utara desa. Dua desa di dalam Kecamatan Sebatik Timur iaitu Sungai Nyamuk dan Tanjung Harapan pada bahagian timur laut desa manakala satu desa di dalam Kecamatan Sebatik iaitu Balansiku berkongsi sempadan pada bahagian timur desa.[3][4]

Setabu merupakan sebuah desa yang terletak di dalam Pulau Sebatik. Kedudukan Setabu dalam Pulau Sebatik terletak pada bahagian barat pulau menyebabkan desa ini membentuk sempadan dengan kawasan perairan Laut Sulawesi pada bahagian timur desa.[3][4]

Demografi

Setabu mempunyai jumlah penduduk seramai 4,034 orang pada tahun 2023.[1] Daripada angka tersebut, seramai 2,106 orang penduduk ialah lelaki manakala 1,928 orang penduduk ialah wanita.[1] Setabu merupakan desa yang mempunyai jumlah penduduk paling tinggi berbanding tiga desa lain dalam Kecamatan Sebatik Barat.[1]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f "Profil Perkembangan Kependudukan Kabupaten Nunukan 2024" [Profail Perkembangan Penduduk Kabupaten Nunukan 2024] (PDF). Portal Satu Data Kabupaten Nunukan (dalam bahasa Indonesia). Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil Kabupaten Nunukan. m/s. 24. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  2. ^ a b "Peraturan Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia Nomor 72 Tahun 2019 tentang Perubahan Atas Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 137 Tahun 2017 tentang Kode dan Data Wilayah Adminstrasi Pemerintahan" [Peraturan Menteri Dalam Negeri Republik Indonesia Nombor 72 Tahun 2019 tentang Perubahan Terhadap Peraturan Menteri Dalam Negeri Nombor 137 Tahun 2017 tentang Kod dan Data Wilayah Pentadbiran Pemerintahan] (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Dalam Negeri Indonesia. 2019. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  3. ^ a b c d "Peta Batas Desa". Geospasial untuk Negeri (dalam bahasa Indonesia). Badan Informasi Geospasial. 15 Februari 2026. Dicapai pada 15 Februari 2026.
  4. ^ a b c "Desa Setabu, Indonesia" [Desa Setabu, Indonesia] (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 17 Januari 2026. Dicapai pada 17 Januari 2026.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.