Sepi

Sepi
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Ara
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Rosihan Zain (eksekutif)
Shazlira Hamzah (pembantu)
DibintangiAfdlin Shauki
Vanida Imran
Nasha Aziz
Tony Eusoff
Eja
Riezman Khuzaimi
Baizura Kahar
Syed Hussein (Sein Ruffedge)
Pierre Andre
SinematografiMadnor Kassim
Syarikat
penerbitan
Altenate Pictures
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 26 Jun 2008 (2008-06-26) (Malaysia)
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta[1]

Sepi ialah tajuk bagi sebuah filem drama romantik antologi Malaysia 2008 arahan Kabir Bhatia yang terkenal dengan filem Cinta, yang ditayangkan pada tahun yang sama. Filem terbitan Alternate Studio untuk Grand Brilliance yang juga menerbit filem Cinta sebelum ini, keluar di pawagam pada 26 Jun 2008. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana TV3 pada bulan 29 September 2009.

Sinopsis

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang pemilik kilang kasut bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Penerbitan

Pada 29 September 2009, TV3, sebuah saluran 103 daripada stesen tv Media Prima yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Sepi

Pelakon

Rakaman

Filem Sepi menonjolkan barisan pelakon daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Sein Qudsi. Rakamannya telah menelan belanja RM1.5 juta dan penggambarannya mengambil 35 hari, serta telah disunting sebanyak dua kali dari panjang asal yang mencecah 220 minit ke 108 minit. Pengarahnya Bhatia menegaskan bahawa filem Sepi dan Cinta "berbeza dari struktur penceritaannya."[1]

Rujukan

  1. ^ a b Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.