Sentō

Pintu masuk sentō di Museum Terbuka Tokyo

Sentō (銭湯) ialah sebuah rumah mandi komunal berbayar Jepun. Secara tradisi, rumah-rumah mandi agak sederhana dan praktikal, dengan sebuah bilik besar mengasingkan kedua-dua jantina. Ia biasanya mempunyai bilangan kepala paip yang minimum dan sebuah takung mandi yang besar untuk orang-orang yang sudah mandi supaya dapat duduk bersama dengan orang-orang lain.

Sejak separuh kedua abad ke-20, bilangan rumah mandi komunal telah merosot kerana lebih banyak rumah kediaman Jepun mempunyai bilik mandi sendiri. Sesetengah orang Jepun berpendapat bahawa mengunjungi rumah-rumah mandi awam mempunyai kepentingan sosial atas teori bahawa berdekat-dekatan/hubungan rapat yang fizikal akan menyebabkan hubungan rapat emosi yang diistilahkan sebagai kekulitan dalam bahasa Jepun. Yang lain pergi ke sento kerana mereka tinggal di dalam rumah yang kecil tanpa bilik mandi sendiri atau kerana mereka suka mandi di bilik yang luas serta untuk menikmati mandi sauna atau mandi pancutan yang sering disediakan oleh sentō-sentō yang baru atau terubah suai.

Lagi sejenis rumah mandi awam ialah onsen yang ditempatkan di mata air panas yang semula jadi. Bagaimanapun istilah onsen tidak eksklusif dan sebuah sentō juga boleh dipanggil onsen jika ia mendapat airnya dari mata air panas. Terdapat juga takrif yang sah di sisi undang-undang yang mengelaskan sebuah rumah mandi awam sebagai sentō.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.