Seah Shoo Chin

Allex Seah Shoo Chin
谢守钦
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna)
Menyandang jawatan
5 April 2023
GabenorMohd Ali Rustam
TimbalanTuminah Kadi
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Didahului olehAb Rauf Yusoh
(Ahli Kanan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Ngwe Hee Sem
(Hal Ehwal Pengguna)
Kawasan pilihan rayaKesidang
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Kesidang
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehChin Choong Seong
(PRDAP)
Majoriti14,612 (2018)
10,237 (2021)
Setiausaha
Parti Tindakan Demokratik Negeri Melaka
Menyandang jawatan
24 Januari 2022
Setiausaha AgungLim Guan Eng
(2022)
Anthony Loke Siew Fook
(sejak 2022)
Pengerusi NegeriDamian Yeo Shen Li
(2022–2023)
Tey Kok Kiew
(2023–2024)
Khoo Poay Tiong
(sejak 2024)
PembantuLim Kwok Thuan
(2022–2024)
Teng Wen Jie
(sejak 2024)
Didahului olehDamian Yeo Shen Li
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2018–Pakatan Harapan
Maklumat peribadi
Lahir
Allex Seah Shoo Chin

(1983-05-21) 21 Mei 1983 (umur 43)
MelakaMalaysia Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Anak3 (2 anak lelaki & 1 anak perempuan)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususan
  • Penganalisis data
  • jurutera
Seah Shoo Chin di Facebook

Allex Seah Shoo Chin (Cina ringkas: 谢守钦Cina tradisional: 謝守欽pinyin: Xiè Shǒuqīn; lahir 21 Mei 1983)[1] merupakan seorang ahli politik, penganalisis data dan jurutera Malaysia[2] yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Kesidang sejak Mei 2018. Beliau ialah seorang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Negeri DAP Melaka sejak Januari 2022. Pada masa ini, beliau merupakan satu-satunya Ahli EXCO Melaka daripada PH dan DAP.

Kerjaya politik

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (sejak 2018)

Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2018, Seah telah dicalonkan oleh partinya DAP untuk bertanding bagi kerusi negeri Kesidang. Beliau menewaskan calon lain serta Goh Leong San yang bertanding sebagai calon bebas dan merupakan bekas ahli DAP sebelum pilihan raya tersebut. Beliau telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Melaka sebagai ADUN Kesidang bagi penggal pertama.

Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021, Seah sekali lagi dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi negeri Kesidang. Beliau sekali lagi menewaskan calon-calon daripada BN dan Perikatan Nasional (PN) serta dipilih semula sebagai ADUN Kesidang bagi penggal kedua.

Setiausaha Negeri Parti Tindakan Demokratik Melaka (sejak 2022)

Pada 24 Januari 2022, Seah telah dilantik sebagai Setiausaha Negeri DAP Melaka, menggantikan Damian Yeo Shen Li yang sebelum ini dinamakan sebagai Pengerusi Negeri bagi menggantikan Tey Kok Kiew, yang meletakkan jawatan untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021.[3] Semasa Konvensyen Negeri DAP Melaka pada 24 November 2024, Seah telah dilantik semula sebagai Setiausaha Negeri.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)

Pada 5 April 2023, Seah telah dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka yang memegang portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna oleh Ketua Menteri Ab Rauf. Pelantikan beliau turut membentuk sebuah kerajaan campuran negeri antara BN dan PH apabila beliau sebagai satu-satunya ADUN PH bersama 9 ADUN BN membentuk barisan EXCO Ab Rauf. Pada 19 April 2023, beliau memuji hipermarket dan pasar raya di Melaka yang mengambil inisiatif Menu Rahmah untuk menawarkan harga barangan keperluan yang lebih murah dan mampu milik sehingga mengurangkan perbelanjaan pengguna. Beliau juga memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan mencukupi sepanjang musim perayaan Hari Raya.[4]

Kehidupan peribadi

Seah telah berkahwin. Seah dan isterinya mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Melaka[5][6]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N19 Kesidang Seah Shoo Chin (DAP) 22,880 72.64% Ng Choon Koon (MCA) 8,268 26.25% 31,497 14,612 85.58%
Goh Leong San (BEBAS) 349 1.11%
2021 Seah Shoo Chin (DAP) 14,769 65.86% Leong Hui Ying (MCA) 4,532 20.21% 22,425 10,237 61.08%
Patrick Ng Chin Kae (Gerakan) 3,124 13.93%

Rujukan

  1. ^ "Birthday tweet of Allex Seah Shoo Chin". Twitter. 21 Mei 2022. Dicapai pada 8 April 2023.
  2. ^ "Seah Shoo Chin". Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2023.
  3. ^ "Jawatankuasa Negeri Melaka 2021-2024". DAP. 25 Januari 2022. Dicapai pada 5 April 2023.
  4. ^ "Melaka exco rep lauds hypermarkets, supermarkets that voluntarily lower prices of essentials". The Star. 19 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.