Saxo
Saxo | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Thrash metal Rock |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Saxo merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu ditubuhkan pada tahun 1984 di Batu Gajah Perak dan mula dikenali semenjak tahun 1988.
Kumpulan Saxo mulai dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock dan terbabit dalam album Hikayat Rok 88 pada tahun 1988.
Kumpulan Saxo sering muncul dengan penampilan ala-ala kumpulan Thrash awal 1990an dulu dengan berseluar ketat koyak rabak dan berambot mengerbang.
Album sulung Saxo berjudul Satu Perjuangan diterbitkan pada penghujung tahun 1990. Kumpulan thrash metal ini muncul dengan barisan 4 orang pemuzik iaitu Nasir (vokal) Jamal (gitar) Jagger (bass) dan Adi (drum). Sebelum merakamkan album ini mereka pernah muncul dalam album kompilasi Hikayat Rok dan Pancakara Di Cakrawala terbitan BoxOffice. Kumpulan yang berasal dari Batu Gajah, Perak ini mula dicungkil bakat dalam pertandingan Bintang BoxOffice'88 terbitan Ali Bakar.
Kumpulan Saxo turut beraksi dengan kumpulan thrash underground seperti Nemesis dan lain-lain. Pada 1991, kumpulan Saxo menghasilkan album pertama berjodul "Satu Perjuangan" yang menampilkan konsep thrash metal dan sedikit elemen punk pada lagu "Tak Kalah"
Saxo berpecah kerana persefahaman antara ahlinya, di mana vokelis Saxo yaitu Wan dan Jagger pemain gitar ingin mengekalkan konsep thrash mereka, tetapi ahli yang lain inginkan lagu berentak perlahan, akhirnya Saxo pun dibubarkan pada hujung 1991. Ahli Saxo yang lain telah menubohkan Leo pada tahun 1991.
Sejarah
Kumpulan Saxo mula Aktif sebagai Kumpulan Trash metal pada tahun 1985 di Kuala Lumpur . Ahlinya iaitu Anak kelahiran Batu Gajah, perak seperti Jamal sebagai peneraju utama selaku Gitaris,Nasir Gitar dan Vokalis,Adi Drum dan Jagger bass.Nama Saxo diambil dari kata "Seksa" kerana memperingati latihan mereka yang bertungkus Lumus mencuba mengikuti muzik Trash metal yang masih agak asing pada mereka. Pada Tahun 1987, Kumpulan Saxo telah menyertai pertandingan BoxOffice '88 Battle of The Band anjuran Ali Bakar Dan berjaya sampai ke peringkat Final.Penglibatan Ini memperolehkan peluang Kumpulan Saxo merakamkan lagu mereka ke format Kaset dibawah Terbitan Platinum Records .Ia Menjadikan Lagu "Dunia atau Neraka" ini terbit pada versi kaset album kompilasi Pancakera di cakerawala (1988) Sebagai lagu Trash metal pertama yang muncul dalam format Kaset di Malaysia.Pada Masa itu, Kumpulan Saxo mula "Mengganas" Di show-show sekitar Lembah Klang antaranya penglibatan Saxo Bersama Kumpulan Nemesis,Slapdeath dan Punisher dalam Konsert Trash pertama Malaysia di Stadium merdeka pada tahun 1988.Kumpulan Saxo juga telah diberi anjuran dan peluang untuk merakamkan Album penuh mereka dibawah Terbitan Platinum Records.Rakaman Album bermula pada tahun tahun 1988 namun sekatan dan permintaan telah membantutkan proses rakaman Album Saxo selama Dua tahun salah satunya iaitu Nasir Vokal selaku gitar kedua Saxo menarik diri dari rakaman kerana enggan menyanyikan lagu bertemakan cinta.Akhirnya,Pada awal 1990, Saxo menerima Vokalis baharu iaitu Nirwan untuk terus merakamkan Album Saxo yang tergendala tersebut . Album sulung mereka yang Berjudul "Satu Perjuangan" Diterbitkan Pada tahun 1990 dibawah Platinum Records dan diedar oleh BMG music.Walau Bagaimanapun, Album ini tetaplah layak dinobatkan sebagai Album Trash Metal Pertama berbahasa Melayu dan Album Trash Metal Pertama di Malaysia . Album sulung Saxo iaitu "Satu perjuangan" terjual Sekitar 30,000 unit, ianya satu pencapaian yang sepadan bagi mereka.
Memandangkan Kontrak rakaman kumpulan Saxo bersama BMG Muzik masih ada dan hanya berakhir pada tahun 1991, sebelum tamatnya kontrak itu syarikat rakaman tersebut meminta Saxo membuat rakaman Album kedua atau Album baru mereka tetapi denganlah syaratnya , kumpulan Saxo harus mengubah konsep muzik mereka kepada Glam rock dan menukarkan nama kumpulan mereka kepada Leo.maka dengan itu,seorang vokalis baru iaitu Azman (Artis BMG) untuk menggantikan Nirwan dan nama Saxo telah ditukar kepada Leo serta membawa konsep muzik glam rock.dan pada tahun 1991 album tunggal mereka lahir dengan berjudul "Tetamu".namun disebabkan kontrak rakaman BMG bersama Kumpulan Saxo/Leo berakhir pada tahun 1991, mereka mengambil keputusan untuk berpecah sahaja.
Ahli
- Wan - penyanyi
- Adi - drums
- Jamal - gitar
- Jagger - bass
Album
- Pancakera di Cakerawala (1988)
- Hikayat Rok (1988)
- Satu perjuangan (1990)
Lagu-lagu
- Perjuangan saxo
- Dunia Atau Neraka
- Dukacarita Cinta
- Nyalakan Cintaku
- Satu Perjuangan - thrash metal
- Perjuangan - thrash metal
- Satu Harapan - thrash metal
- Matahari Di Kuala Lumpur - thrash metal
- Kematian (Suatu Pembebasan) - thrash metal
- Sengketa Dua Kuasa - thrash metal
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
