Sauh

Sauh dari kapal samudera RMS Empress of Asia di Muzium Negara Singapura.

Sauh (Jawi: ساءوه)[1] atau jangkar[2] (Jawi: جڠکر, serapan kata Portugis ancora[3]) ialah sejenis objek besar keras daripada logam atau batu yang digunakan untuk menambat kapal yang berlabuh di dasar suatu perairan (seperti sungai atau laut) lalu ia kekal di kedudukannya tanpa dihanyut berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun ombak.[1] Alat ini dihubungkan sama ada dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal ataupun dengan tali pada kapal kecil atau perahu.

Kewujudan sauh berkembang dari pengkhususan bahan pemberat seperti bongkah batu untuk menahan perahu dan kapal dari terhanyut arus sejak Zaman Gangsa lagi.[4] Sauh ini telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim.

Gambaran umum

Terdapat pelbagai jenis sauh yang digunakan mengikut bentuk permukaan yang hendak dicengkam baik yang berpasir, berumput, berlumpur mahupun yang berkerikil.[5] Jenis-jenis yang didapati antaranya:[6]

  • sauh paten/tak bertongkat: 2 lengan besi - salah satunya tetap tidak dapat digerakkan, dipasangkan pada kapal besar dengan alat pengendali khas
  • sauh bertongkat: dengan 2 lengan lengan tetap besi, bersaiz dari kecil hingga sederhana untuk kapal seukuran, menggunakan tali besi atau manila
  • sauh luku: selengan, sesuai untuk kapal kecil
  • sauh sekoci: empat lengan besi berdiameter 10-15 sm, untuk kapal kecil

Galeri

Rujukan

  1. ^ a b Lihat:
    • "sauh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "sauh". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ Lihat:
    • "jangkar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "jangkar". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. m/s. 18.
  4. ^ Johnstone, Paul and McGrail, Seán (1989). The sea-craft of prehistory. London: Routledge. ISBN 978-0-415-02635-2, p.82.
  5. ^ Burden, Tom (28 Mei 2020). "Selecting the Right Anchor". West Marine.
  6. ^ Amang (24 Mac 2021). "Memahami Peranan & Jenis-jenis Kegunaan Sauh". Umpan.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.