Satok
Lokasi


Satok merupakan kawasan suburban dalam Bandaraya Kuching. Ia terletak sekitar 2 km dari Pusat Bandaraya Kuching dan terletak berhampiran dengan Jambatan Satok yang merupakan jambatan tersibuk di Kuching. Dua lebuh raya utama Kuching iaitu Jalan Satok dan Kulas melalui kawasan ini. Jalan Tun Abang Zaidi Adruce, Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Green iaitu jalan utama di Kuching bersambungan dengan jaringan jalan raya di Satok.
Kawasan ini merupakan gabungan kawasan perumahan atau perkampungan dan kawasan perniagaan atau aktiviti komersial. Selain itu, kawasan ini turut menempatkan Kompleks Islam Baitulmal Kuching, Mahkamah Syariah Kuching, Stesen Radio Televisyen Malaysia(RTM)bahagian Kuching dan Masjid Bahagian Kuching.
Ekonomi
Satok ialah antara pusat perniagaan dan kewangan utama di Kuching. Kawasan perniagaan dan membeli-belah utama adalah seperti Wisma Hopoh, Wisma Satok, Majma‘ Mall, dan Choice Food Supermart. Sepanjang Jalan Kulas dan Satok, bank-bank utama seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Bank Rakyat, AgroBank, Bank RHB, CIMB, Maybank dan AmBank menjalankan operasi.
Kebanyakan bangunan di kawasan komersial Satok dijadikan restoran, lot perniagaan ataupun pejabat. Penduduk di kawasan perkampungan dan perumahan yang padat di Satok dan kawasan Jalan Green berhampiran menjadi pelanggan utama aktiviti komersial di Satok.
Pendidikan
Terdapat beberapa buah sekolah di dalam kawasan Satok.
Sekolah Rendah
- SK St. Joseph
- SK Merpati Jepang
- SK Rakyat
Sekolah Menengah
- SMK St. Teresa
- SMB St. Joseph
- Chung Hua No. 4
Wakil rakyat
- Ahli Dewan Undangan Negeri , Sarawak bagi kawasan pilihan raya N.8 Satok ialah Yang Berhormat Dato' Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari B. Tun Abang Haji Openg, Pnbs, Jbs
- Beliau telah dilantik untuk memegang jawatan Menteri Perumahan
- Beliau dilahirkan pada 04.08.1950
- Alamat: Kementerian Perumahan, Tingkat 5, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching.
- Sebagai wakil rakyat , beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuan daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian Telefon Pejabat : 082 - 440368 , Tel Rumah: , No. Fak : 082 - 444998
- Beliau bertanding atas tiket Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu - PBB (Barisan Nasional). Barisan Nasional menekankan politik pembangunan untuk warga negeri Sarawak . Trak rekod yang ditunjukkan masa lalu sangat baik.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.