Sakura

Sakura
Kembangan bunga sakura pada pokok sakura bonsai yang berumur 15 tahun
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies

Prunus jamasakura
Prunus serrulata
Prunus × yedoensis

Sakura (桜/櫻/サクラ) ialah nama bahasa Jepun yang dipakai kepada pokok-pokok hiasan ceri spesies Prunus serrulata serta kelopak-kelopak bunganya. Buah (dikenali sebagai sakuranbo (桜ん坊)) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun.

Sejarah

Sakura merupakan tumbuhan yang asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara (kini Bangladesh) dan di Asia timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza=beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana.[perlu rujukan] Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepun hortikultur berabad yang lalu.[perlu rujukan]

Pesta Melihat Bunga

Dalam Tempoh Heian (794-1911), orang-orang Jepun telah mengikuti banyak amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura[1]. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok ume "plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaab pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun.[perlu rujukan]

Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaidō beberapa minggu kemudian. Masyarakat Jepun mengambil sepenuh perhatian mereka pada ramalan-ramalan cuaca ini dan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil, bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta melihat bunga. Pesta-pesta Hanami menjayakan kecantikan bunga sakura dan bagi mereka yang lain pula, pesta tersebut merupakan satu peluang untuk beristirahat dan menikmati pemandangan. Budaya pesta hanami ini dapat dikesan kembali berbad-abad yang lalu di Jepun: sejarah abad kelapan iaitu Nihon Shoki]] (日本書紀) merekodkan pesta-pesta hanami pernah diadakan seawal abad ketiga CE.

Kebanyakan sekolah Jepun dan bangunan awam mempunyai pokok-pokok sakura ditanam disekitar kawasan mereka. Disebabkan tahun fiskal dan sekolah bermula pada bulan April, di kebanyakan kawasan di Honshū, hari pertama sekolah atau kerja berlaku serentak dengan musim sakura.

Galeri

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "The Beauty and History of Sakura, Japan's National Flower". tsunagu Japan (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-25. Dicapai pada 2024-09-05.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.