Saidina
| Penerbit | Syarikat Permainan Malaysia |
|---|---|
| Pemain | 2–6 |
| Masa penyediaan | 5–15 minit |
| Masa permainan | 180 minit |
| Peluang rawak | Sederhana (balingan dadu, pilihan kad) |
| Kemahiran yang diperlukan | Mengira |
Saidina atau $aidina adalah sejenis permainan berpapan yang dihasilkan oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn. Bhd., berdasarkan permainan Monopoly.
Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.
Saidina pertama kali diperkenalkan pada 1978. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda.[1] Tempat di dalam permainan ini adalah berdasarkan tempat-tempat di Malaysia.[2][3]
Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.
Rujukan
- ^ "Saidina" (dalam bahasa B. Inggeris). BoardGameGeek. Unknown parameter
|accessdaymonth=ignored (bantuan); Unknown parameter|accessyear=ignored (|access-date=suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Sv368". Oldest Gaming Tokens Found in Turkey. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2014. Dicapai pada 5 Mei 2008.
- ^ Albert C. Veldhuis. "Monopoly Malaysia" (dalam bahasa B. Inggeris). De Muurkrant. Dicapai pada 5 Mei 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
- $aidina di Syarikat Permainan Malaysia.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.