Sabbaruddin Chik

Sabbaruddin Chik
Pengerusi
Amanah Raya Berhad
Dalam jawatan
2016–2018
Didahului olehReezal Merican Naina Merican
Digantikan olehDatuk Mohd Nasir Ali
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Temerloh
Dalam jawatan
1982–1999
Didahului oleh Hamzah Abu Samah
Digantikan oleh Mohd Sarit Yusoh
Menteri Kerajaan Malaysia
Dalam jawatan
1987–1999
Perdana MenteriMahathir Mohamad
PortfolioMenteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1990-1999)
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (1987-1990)
Didahului olehMokhtar Hashim
Digantikan olehAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
1982–1987
Berkhidmat bersama Ling Liong Sik (1982-1984), Tan Tiong Hong (1984-1986), Oo Gin Sun (1986), Ng Cheng Kiat (1986), Loke Yuen Yow (1986-1987)
Didahului olehMak Hon Kam
Najib Razak
Digantikan olehMohd Farid Ariffin
Maklumat peribadi
Lahir
Sabbaruddin bin Chik

(1941-12-13)13 Disember 1941
Temerloh, Pahang, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia4 Disember 2021(2021-12-04) (umur 79)
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Faridah Mohamed (m. 2017)
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Sabbaruddin bin Chik (lahir di Temerloh, Pahang, 13 Disember 1941 – meninggal di Kuala Lumpur, 4 Disember 2021 pada umur 79 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1999. Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican.[1]

Pendidikan

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (1966). Kemudian, beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Institute of Social Studies, Belanda pada 1974.

UMNO

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Panel Rayuan UMNO.[2]

Kematian

Sabbaruddin Chik meninggal dunia pada 4 Disember 2021 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif COVID-19.[3][4] Beliau telah selamat disemadikan pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5][6]

Rujukan

  1. ^ Sabbaruddin Chik Dilantik Pengerusi Amanah Raya Berhad
  2. ^ Panel Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Sabaruddin Chik
  3. ^ "Sabbaruddin Chik meninggal dunia akibat Covid-19". Utusan Malaysia. 4 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  4. ^ "Bekas menteri, Setiausaha Agung UMNO meninggal dunia". Berita Harian. 4 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  5. ^ "Jenazah Sabbaruddin selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 5 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  6. ^ "Jenazah Sabbaruddin dikebumi di Bukit Kiara". Berita Harian. 5 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.