SME Bank

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad
Jenis/bentuk sahAwam
Industri
Ditubuhkan3 Oktober 2005; 20 tahun yang lalu (2005-10-03)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh penting
  • Faizah Mohd Tahir (Pengerusi)
  • Aria Putera Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif)
Hasil RM6.5 bilion[1] (2017)
Pendapatan bersih RM74 juta[2] (2017)
PemilikKementerian Kewangan Malaysia
Anak syarikat
  • Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR)
  • SMEB Asset Management Sdn Bhd
Tapak webwww.smebank.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, juga dikenali sebagai SME Bank merupakan syarikat perbankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2005, dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Aktiviti utama bank ini ialah memberi bantuan kewangan dan kepakaran kepada perusahaan kecil dan sederhana.[3][4][5]

SME Bank juga memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif ekonomi dan pembangunan Kerajaan Malaysia seperti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs) (2010-2020) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020). Bank ini telah berkembang pesat menerusi Program Transformasi Lima Tahun (2010) dan beroperasi berlandaskan prinsip Syariah sejak tahun 2015.[3] Aria Putera Ismail merupakan CEO bank sejak 3 September 2018.[6]

Bank ini juga telah mewujudkan 21 inisiatif, termasuk langkah utama dalam transformasi teknologi digital, strategi pembangunan PKS berdasarkan persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah dan mencabar, dicirikan oleh globalisasi, liberalisasi serta kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, selaras keinginan kerajaan untuk Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). SME Bank ialah satu-satunya institusi pembiayaan pembangunan Malaysia yang mewujudkan Pusat untuk Pembangunan Usahawan dan Penyelidikan (CEDAR), di mana ia menyediakan pelbagai perkhidmatan pengantaraan termasuk latihan berasaskan penyelidikan, bimbingan perniagaan, pemudah cara berasaskan fungsi dan bimbingan usahawan.[7]

Rujukan

  1. ^ "SME Bank`s 2017 net profit up 37.4 percent". The Sun, Malaysia. 29 Jun 2018. Dicapai pada 1 April 2019.
  2. ^ "Untung bersih SME Bank meningkat kepada RM74 juta pada 2017". Berita Harian. 28 Jun 2018. Dicapai pada 1 April 2019.
  3. ^ a b "SME Bank: Mengenai kami". www.smebank.com.my. Dicapai pada 1 April 2014.
  4. ^ "SME Bank tingkat peranan bantu PKS". Kosmo! Online. 17 December 2018. Dicapai pada 1 April 2019.
  5. ^ "SME Bank to expand role". The Star Online. 12 September 2006. Dicapai pada 1 April 2012.
  6. ^ "SME bank appoints Aria Putera Ismail as CEO". The Malay Mail. 3 September 2018. Dicapai pada 1 April 2019.
  7. ^ "Dorong PKS ke tahap yang lebih tinggi jadi fokus utama SME Bank". Berita Harian. 16 Disember 2018. Dicapai pada 1 April 2019.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.