SK Telecom
| Jenis/bentuk sah | Syarikat awam KSE: 017670 NYSE: SKM |
|---|---|
| ISIN | US78440P1084 |
| Industri | Telekomunikasi |
| Ditubuhkan | Mac 1984 |
| Ibu pejabat | Jung-gu, Seoul, Korea Selatan |
| Tokoh penting | Shin Bae Kim (CEO) Jung Nam Cho (Naib Pengerusi) |
| Pemilik | SK Group |
| Bilangan kakitangan | 20,955 |
| Syarikat induk | SK Group (50% ekonomi, 50% undian) (jualan kepada Telenor belum selesai) |
| Tapak web | http://www.sktelecom.com |
| sunting · sunting di Wikidata | |
SK Telecom ialah sebuah pengendali telekomunikasi bimbit yang dikuasai oleh SK Group, salah satu chaebol yang terbesar di Korea Selatan. Ia merupakan pembekal perkhidmatan bimbit yang utama di Korea Selatan, dengan sekitar 50% bahagian pasaran pada tahun 2005.
SK Telecom dijenamakan sebagai Speed 012 pada zaman pager kerana pager-pagernya mempunyai kod kawasan 012. Jenama ini kemudian ditukarkan menjadi Speed 011 apabila telefon bimbit menjadi lebih popular pada sekitar tahun 1998, dengan 011 sekali lagi merupakan kod kawasan untuk telefonnya.
Kini, semua telefon bimbit Korea Selatan yang baru didaftarkan bermula dengan kod kawasan 010, tanpa menghiraukan pembekal perkhidmatan yang sebenar. Ini sebahagian disebabkan SK Telecom telah menguasai pasaran telefon bimbit sehingga nombor 011 telah menjadi suatu jenama pada dirinya dan dianggap sebagai kes pengiklanan tersirat atau peletakan keluaran yang diharamkan di Korea. SK Telecom terpaksa dipisahkan daripada SK Teletech kerana telefon-telefon bimbit Sky yang dibekalkan oleh SK Teletech tertatarajah hanya untuk perkhidmatan SK Telecom.
SK Telecom juga membekalkan berbagai-bagai perkhidmatan internet melalui anak syarikatnya, SK Communications. Cyworld merupakan salah satu perkhidmatan blog yang terpopular di Korea Selatan, dengan NateOn merupakan salah satu perkhidmatan pesanan segera yang paling popular.
Sejarah syarikat
SK Telecom ditubuhkan pada bulan Mac 1984 dengan nama Korea Mobile Telecommunications Services Co., tetapi dinamai semula sebagai Korea Mobile Telecommunications Corp. (KMT) pada bulan Mei 1988. Pada bulan Jun 1994, Kumpulan SK menjadi pemegang saham KMT yang terbesar. KMT menyertai Kumpulan SK secara rasmi pada bulan Januari 1997 dan menukarkan namanya menjadi SK Telecom pada bulan Mac tahun tersebut.
Pada bulan Oktober 2000, SK Telecom menjadi pengendali yang kedua di dunia selepas DoCoMo, milikan NTT, untuk melancarkan sebuah perkhidmatan 3G komersil yang menggunakan teknologi WCDMA. Ini diikuti oleh pelancaran rangkaian 1xEV-DO CDMA2000 yang pertama di dunia pada bulan Januari 2002. Teknologi ini amat meningkatkan laju penghantaran data.
Pada bulan Mei 2005, SK Telecom memutuskan untuk menjual 60% daripada saham SK Teletechnya kepada Pantech Curitel. SK Teletech kemudian menggantikan jenamanya menjadi "SKY" pada tahun 2006, dengan jenama tersebut masih merupakan jenama premium barisan telefon bimbit untuk Pantech Curitel.
Pemilikan Telenor (TBA–sekarang)

Akan diumumkan, SK Telecom secara rasmi mengumumkan ia telah bersetuju untuk menjual SK Telecom (SK Telecom Co., Ltd.) kepada Telenor (Telenet Korea Co., Ltd.). Nama syarikat SK Telecom ditukar kepada Telenet. Telenor mengumumkan bahawa ia mempunyai rancangan untuk membeli baki 100% SK Telecom.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
