SAPS

SAPS adalah singkatan untuk "South African Police Service" iaitu persatuan polis di Afrika Selatan. Sewaktu era aparteid polis merupakan alat yang paling berkesan dalam menangani pemberontakan golongan kulit hitam. Mereka merupakan tunggak utama dalam pembunuhan beramai-ramai di Sharpeville 1969 dan juga dalam menangani rusuhan di Soweto. Salah satu unit yang terkenal dengan kekejamannya ialah Unit Pembunuhan dan Perompakan Brixtol. Sewaktu era aparteid, unit ini telah digunakan untuk menyeksa para aktivis anti-aparteid. Antara kaedah yang unit ini gunakan ialah melalui kejutan elektrik. Pada masa ini, unit tersebut sedang melalui pengstrukturan tetapi agak sukar untuk mengubah "budaya penyeksaan" yang telah wujud sejak sekian lama.
Sebelum 1995, Afrika Selatan terbahagi kepada beberapa wilayah seperti "bantustan" dan wilayah membangun (Afrika Selatan kaum kulit putih). Setiap bantustan mempunyai agensi polis masing-masing dan negara ini mempunyai sebelas agensi polis iaitu 10 bantustan dan 1 Polis untuk Afrika Selatan. Setiap agensi mempunyai pakaian seragam, struktur pangkat, syarat perkhidmatan yang berbeza. Perlembagaan Sementara 1994 telah memansuhkan wilayah bantustan atau "homelands" dan memasukkan wilayah-wilayah ini kembali kepada Afrika Selatan. Selepas 1994, Afrika Selatan telah disatukan dengan sembilan provinsi. Perlembagaan yang baru telah menubuhkan satu Perkhidmatan Polis Kebangsaan dibawah perintah dan kawalan seorang "National Commissioner" yang dilantik oleh Presiden Afrika Selatan.
Kini persatuan polis di Afrika Selatan berada dibawah pentadbiran Secretariat for Safety and Security atau Sekretariat Keselamatan dan Sekuriti. Ketua Polis Negaranya ialah National Commissioner Jackie Selebi. Pada tahun 2000, setiap majlis perbandaraan di negara ini telah menubuhkan agensi polis metropolitan yang tersendiri. Agensi polis yang terawal ialah di Ethekwini (Durban) pada tahun 2000. Diikuti dengan agensi polis di Cape Town, Johannesburg, Ekurhuleni (Greater East Rand) dan Tshwane (Pretoria). Polis perbandaraan mempunyai tiga fungsi sahaja iaitu sebagai polis trafik, pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang perbandaraan. Kuasa polis ini terhad didalam bidang kuasa masing-masing. Disamping itu terdapat juga polis di peringkat nasional dan mereka tidak terbatas oleh sebarang sempadan.
Polis di negara ini terpaksa menangani beberapa jenayah terutamanya penyeludupan dadah,kes rogol dan penculikan seperti "carjacking". Pada zaman selepas aparteid ini, timbul pula masalah yang baru iaitu puak pelampau Afrikaner. Puak ini telah melakukan bebarapa kekacauan seperti meletupkan bom di tempat-tempat awam.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.