Roxy

Roxy
GenreKomedi
Ditulis oleh
  • Adza Emie
  • Intan Zarina Hassan
  • Azal Ezreen
  • Marini Mat Zain
PengarahM. Nazir Juhan ( Jet Lee)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanLayar Bersama - Yuveena
Lagu penutupLayar Bersama - Yuveena
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifZizan Nin
PenerbitSyarizan Md. Isa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Aquila Emas Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Dahlia)
Disney+ Hotstar
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Jun 2022 – 11 September 2022
StatusTamat
Kronologi
MengikutiMama Papa Ekspres

Roxy adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan M. Nazir Juhan dibintangi oleh Azlee Khairi, Nadiyah Shahab dan Eira Syazira. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia,TV3 bermula 25 Jun 2022 menggantikan Mama Papa Ekspres. [1]

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil (Azlee Khairi) dan Arissa (Eira Syazira) yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar.

Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri. Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran Roxy (Nadiyah Shahab) hasil pemberian nama oleh Amar. Amira dan Amar kini menganggap Roxy sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja. Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran Roxy seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.

Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela (Amyza Adnan) pula sentiasa mahu mencungkil rahsia Roxy kerana beranggapan Roxy ialah pendatang asing tanpa izin. Bukan itu sahaja, Roxy turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Sampingan

  • Erry Zukhairi sebagai Ceo Hairi
  • Mohamed Aliff sebagai Daus
  • Adza sebagai Bibik Susanti
  • Hafsa sebagai Bibik Mala
  • Sophia sebagai Bibik Tim
  • Nu'mad sebagai Cikgu Adnan
  • Nelissa Elyana sebagai Dewi
  • Faa Zaini sebagai Mimi
  • Liza Abdullah sebagai Cik Yam

Runut Bunyi

  • Layar Bersama - Yuveena
  • Kau Ada - Aqeesh Aleeya & Momo

Rujukan

  1. ^ Drama Roxy. MyInfoTaip. Dicapai 24 Jun 2022

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.