Roduwan

Roduwan Rashid atau lebih dikenali sebagai Wan atau Chepot merupakan pemenang pertama dalam pertandingan GO-KaRT "Pencarian Pengganti Alex Yoong" yang pertama yang telah dilangsungkan pada tahun 2004.
Latar belakang
Roduwan Rashid atau lebih mesra dikenali sebagai Wan atau Chepot adalah seorang anak kelahiran Pahang yang aktif didalam dunia sukan permotoran di Malaysia. Dilahirkan pada 7 Januari 1977 dan anak kedua dari 5 orang adik beradik, beliau berasal dari sebuah kampung yang kecil di Pahang dan kini berkerja sebagai eksekutif kanan di Putrajaya Holdings Sdn Bhd (Anak Syarikat Petronas). Beliau telah menceburi bidang sukan bermotor ini sejak berumur belasan tahun dan juga masih lagi bergiat aktif di dalam bidang ini.
Bermula dengan go-kart, beliau mencipta nama di persada sukan permotoran tanah air dengan menyertai pertandingan yang lebih besar sehingga membuahkan hasil. Beliau juga menceburi perlumbaan di litar lumba pada usia awal 20-an. Beliau juga menceburi perlumbaan "Malaysia Rally Championship" dan memperolehi kekudukan yang baik dalam perlumbaan rally tanah air. Pencapaian beliau yang boleh dibanggakan dan melonjak nama beliau ialah memenangi tempat yang pertama di dalam pertandingan go-kart "Pencarian F1 Alex Yoong" yang pertama yang telah dilangsungkan pada tahun 2004. Beliau telah berjaya mengenepikan saingan-saingan yang hebat dalam perlumbaan tersebut.
7 Januari 2005, beliau telah diberi peluang oleh PANGLOBAL untuk menguji JENTERA FORMULA BMW buat pertama kalinya di litar Sepang dan beliau mencatatkan masa terbaik untuk ujian tersebut. Ini merupakan pendedahan awal kepada pemuda ini melangkah dengan lebih jauh didalam sukan yang diceburinya. Namanya kini sudah tidak asing lagi di arena sukan terutamanya dalam sukan go-kart.
Pencapaian
- 2002 - Pemenang tempat pertama "Car Park Rally 2002"
- 2004 - Pemenang tempat pertama "Alex Yoong F1 Driver Search"
- 2006 - Pemenang tempat ketiga Malaysian Super Series 2006 (super compact)
- 2007 - Pemenang tempat pertama Felda Rally Clubman / Class P9
- 2007 - Pemenang tempat pertama Formula Plus IGKC 2007
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.