Riize

RIIZE
RIIZE semasa acara tandatangan album di Thailand
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
라이즈
AsalSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2023 (2023)–kini
Penampilan sulung4 September 2023
melalui karya Get a Guitar
DiskografiLihat: Riize discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat pengurusan
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanNCT
Anggota semasa
  • Shotaro
  • Eunseok
  • Sungchan
  • Wonbin
  • Sohee
  • Anton
Bekas anggota
  • Seunghan
Pautan berkaitan
Tapak sesawangsmentertainment.com… Sunting nilai ini di Wikidata
Tanda pagarriize Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainSpotify: 2jOm3cYujQx6o1dxuiuqaX Apple Music: 1702435257 Deezer: 225538625 MusicBrainz: f3eaa943-71b3-44b6-8b66-74c787742aae Amazon Music (artis): B0CFM5GYQC LINE MUSIC: mi0000000020f6c423
Facebook: RIIZE.official X: riize_official Instagram: riize_official YouTube: UCdVD0MsYecQaIE5Ru-pOIQQ TikTok: riize_official Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Riize (digayakan dengan semua huruf besar)[a] ialah satu kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat SM Entertainment. Kumpulan muzik ini terdiri daripada tujuh orang anggota, dan mereka telah membuat penampilan sulung melalui album single Get a Guitar (Dapatkan Gitar) pada 4 September 2023.[2] Sebelum itu, Riize telah melancarkan single pengenalan "Memories" (Kenangan) pada 21 Ogos 2023.[3]

Nama

Nama kumpulan muzik ini, Riize dihasilkan dengan menggabungkan dua perkataan bahasa Inggeris Rise yang bermaksud "berkembang", dan Realize yang bermaksud "satu pasukan yang membesar bersama dan mencapai impian".[4]

Anggota

Riize asalnya terdiri daripada tujuh orang anggota, di mana enam daripadanya merupakan warganegara Korea Selatan (salah seorang daripadanya turut memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat), manakala seorang lagi ialah warganegara Jepun.[b]

Anggota semasa

Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Shotaro Osaki Shotaro
(大﨑 将太郎おおさき しょうたろう)
  • Tarikh lahir: (2000-11-25) 25 November 2000 (umur 25)
  • Asal: Zama, Kanagawa, Jepun
  • Warganegara: Jepun Jepun
Eunseok Song Eun-seok
(송은석 · 宋恩奭)
  • Tarikh lahir: (2001-03-19) 19 Mac 2001 (umur 25)
  • Asal: Bucheon, Gyeonggi, Korea Selatan
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
Sungchan Jung Sung-chan
(정성찬 · 鄭成燦)
  • Tarikh lahir: (2001-09-13) 13 September 2001 (umur 24)
  • Asal: Gangnam, Seoul, Korea Selatan
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
Wonbin Park Won-bin
(박원빈 · 朴元彬)
  • Tarikh lahir: (2002-03-02) 2 Mac 2002 (umur 24)
  • Asal: Ulsan, Korea Selatan
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
Sohee Lee Sohee
(이소희 · 李炤熙)
  • Tarikh lahir: (2003-11-21) 21 November 2003 (umur 22)
  • Asal: Siheung, Gyeonggi, Korea Selatan
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan
Anton Anton Lee (앤톤리 · 앤톤李)
Lee Chan-young (이찬영 · 李燦榮)[6]

Bekas anggota

Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Seunghan Hong Seung-han
(홍승한 · 洪承漢)
  • Tarikh lahir: (2003-10-02) 2 Oktober 2003 (umur 22)
  • Asal: Goyang, Gyeonggi, Korea Selatan
  • Warganegara: Korea Selatan Korea Selatan

Garis masa

Sejarah

2026: Pengeluaran album baharu dan konsert fan-meeting ulang tahun ketiga

Pertemuan peminat ulang tahun ketiga

Pada 30 Julai 2026, SM Entertainment mengumumkan bahawa RIIZE akan mengadakan pertemuan peminat rasmi pertama sempena ulang tahun ketiga mereka, Ch. RIIZE: ON AIR (Channel RIIZE: On Air), di Inspire Arena, Incheon, Korea Selatan pada 12 dan 13 September 2026.[7][8] Pertemuan peminat itu dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ketiga sejak debut kumpulan tersebut dan menampilkan konsep sebuah saluran televisyen khas yang menghubungkan RIIZE dengan peminat mereka menerusi pelbagai segmen yang disusun seolah-olah rancangan sedang disiarkan secara langsung.[9]

Bagi membolehkan lebih ramai peminat menghadiri acara tersebut, keseluruhan ruang Inspire Arena akan dibuka dalam susun atur 360 darjah. Tiket bagi kedua-dua hari habis dijual sejurus selepas jualan dibuka.[10][11] Acara tersebut turut disiarkan secara langsung melalui platform Beyond LIVE dan Weverse bagi peminat antarabangsa yang tidak dapat hadir secara fizikal.[12][13]

Catatan

  1. ^ Disebut seperti perkataan berbahasa Inggeris, Rise (Bangkit).
  2. ^ Sebahagian maklumat anggota Riize diperoleh daripada laman sesawang Kpop Singers.[5]

Rujukan

  1. ^ Jung, Ju-woen; Chang, Iou-chung (8 September 2023). "Boy band RIIZE signs with major U.S. label RCA pre-debut" [Kumpulan lelaki RIIZE menandatangani dengan syarikat besar A.S. RCA sebelum debut]. Pulse (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  2. ^ Puah, Ziwei (4 September 2023). "SM Entertainment's new boyband RIIZE debut with 'Get A Guitar'". NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  3. ^ Kwon, Hye-mi (21 Ogos 2023). "'SM 신인' 라이즈, 프롤로그 싱글 '메모리즈' 공개" ['Pendatang baharu SM' melancarkan single pengenalan 'Memories']. Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  4. ^ Ji, Seung-hoon (31 Julai 2023). "SM 새 보이그룹명은 '라이즈'...7인 구성 9월 데뷔 [공식]" [Nama kumpulan muzik baharu SM Entertainment akan debut pada 4 September [Rasmi]]. Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023 – melalui Naver.
  5. ^ Maklumat anggota RIIZE:
  6. ^ Son, Jin-ah (1 Ogos 2023). "윤상 아들 이찬영=라이즈 앤톤…'9월 데뷔' 쇼타로→원빈 공개(공식)" [Anak lelaki Yoon Sang, Lee Chan-young = Anton daripada Rise Anton… ‘Debut September’ Shotaro → Wonbin didedahkan (rasmi)]. MK Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  7. ^ "RIIZE to celebrate third anniversary with fan meeting in September". The Chosun Daily. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  8. ^ "RIIZE to hold anniversary meet-and-greet with fans in September". Korea JoongAng Daily. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  9. ^ "RIIZE to celebrate third anniversary with fan meeting in September". The Chosun Daily. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  10. ^ "RIIZE celebrates 3rd debut anniversary with 'Ch. RIIZE : ON AIR' fan meeting this September". Allkpop. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  11. ^ "RIIZE announces 3rd anniversary fan meeting". StarNews. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  12. ^ "RIIZE to celebrate third anniversary with fan meeting in September". The Chosun Daily. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.
  13. ^ "RIIZE to celebrate third anniversary with fan meeting in September". The Chosun Daily. 30 Julai 2026. Dicapai pada 31 Julai 2026.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.