Rif
| Rif | |
|---|---|
| Arrif ⴰⵔⵔⵉⴼ Nekkor | |
Pergunungan Rif sekitar Syafsyawan. | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 2,455 m (8,054 ka) |
Lokasi kawasan Rif dalam Maghribi
| |
Rif (bahasa Amazight Atlas: ⴰⵔⵔⵉⴼ Arrif, Arab: الريف, rumi: ar-rif) atau Nekkor (النكور) adalah suatu kawasan geografi merangkumi utara Maghribi di benua Afrika yang bergunung-ganang dari Tanjung Spartel dan Tanjah di barat hingga Burkan di sebelah timur.
Geografi
Geologi
Keadaan bentuk muka bumi ia yang bergunung-ganang ini wujud hasil pertembungan plat-plat Afrika dan Eropah, fenomena sama ini turut boleh diperhatikan pada bentuk muka bumi yang ada di Andalusia seberang selat di Sepanyol.
Sungai Moulouya merupakan sumber utama yang mengairi kawasan ini.[1] Ia turut mengalir melalui suatu empangan besar berdekatan Zaio bernama Empangan Muhammad V membekalkan sumber pengairan tanaman serta tenaga hidroelektrik ke kota Nador.
Iklim dan suhu
Rantau ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan yang berbeza keadaan:
- Kawasan Barat dari semenanjung Tanjah mendepani selat Gibraltar termasuk Titwan dan Syafsyawan ke Ketama; suhu sekitarnya sederhana namun berkerpasan tinggi semasa musim sejuk.
- Kawasan Tengah dari Ketama ke sekitar wadi Kert meliputi bandar-bandar Al Hoceïma, Targuist, Imzouren, Ketama dan Taounate. Gunung-ganang di sini berlitupi salji pada musim sejuk hingga April.
- Kawasan Timur dari wadi Kert sampai ke sempadan Algeria keseluruhannya datar merangkumi Nador, Al Aroui, Zeghanghane, Selouane, Zaïo, dan Ras El Ma
Keberadaan jasad air seperti laut dan ketinggian puncak menjadikan Rif kawasan paling kerap menerima hujan di Maghribi, Ketama contohnya menerima hujan sebanyak 2000 mm setahun.
Sejarah
Kerajaan Nekkor pernah didirikan berpusat di teluk Alhoceima dari abad ke-8 hingga abad ke-11. Ia menjadi tarikan banyak penduduk Islam yang melarikan diri berlindung daripada penaklukan semula Al-Andalus oleh raja-raja Kristian Sepanyol pada abad ke-15
Ia dimasukkan dalam pengaruh Sepanyol pada tahun 1912.
Suatu pergerakan pemberontakan dilaksanakan atas pimpinan Abdelkrim el-Khattabi dilakukan melalui perang gerilya. Sebuah republik diiisytiharkan penduduk setempat kawasan ini pada tahun 1921, peperangan balas dilakukan pihak Sepanyol sepanjang dekad sama sebelum diteruskan pihak Perancis yang berjaya menewaskan republik ini dan membuang negeri para pejuang kemerdekaan tersebut.
Pergolakan bersenjata masih dilangsungkan para askar gerilya Barbar tidak lama selepas merdekanya Maghribi dari 1958 hingga 1959 sebagai tindak balas terhadap keadaan penduduk utara Maghribi yang terabai.[2] Sebanyak 3,000 orang dilaporkan terkorban dalam konflik ini.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Notes et mémoires du service géologique du Maroc. no. 278
- ^ Ilahiane, Hsain (2017). Historical Dictionary of the Berbers Imazighen. Rowman & Littlefield. m/s. 107.
- ^ Natasha Iskander; Nefertiti Iskander (2010). Creative State: Forty Years of Migration and Development Policy in Morocco. Cornell University Press. m/s. 44. ISBN 978-0-8014-4872-0.
Pautan luar
- Galerie Rif (dalam bahasa Perancis)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.