Renet

Renet
Pengenal pasti
Nombor EC3.4.23.4
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum

Renet ialah sekumpulan enzim yang dihasilkan oleh perut binatang menyusu untuk mencerna susu ibu. Ia mengandungi enzim proteolisis (protease) yang memisahkan susu menjadi bahagian pepejal dan cair. Enzim aktif dalam renet disebut renin atau kimosin (EC 3.4.23.4), tapi renet juga mengandungi beberapa enzim penting lain seperti pepsin atau lipase. Kegunaan renet adalah untuk membuat keju dan dadih.

Pemerolehan

Perut anak lembu

Perut anak lembu yang diperolehi sampingan penyembelihan untuk mendapatkan daging khusus diambil mukosa abomasumnya, lagi-lagi daripada anak lembu yang disusukan.[1] Perut yang dibersihkan dan dikeringkan ini dipotong-potong dan direndam dalam campuran air garam atau whey diasidkan bersama cuka atau wain selama beberapa hari sebelum ditapis; sisa yang tertinggal ini boleh digunakan sebagai bahan penggumpal.[2]

Tumbuhan

Banyak tumbuhan seperti genus-genus Galium dan Malva, daun gatal, tisel mempunyai ciri sama yang mampu mencerna serta menggumpal susu.

Mikroba

Kulat-kulat tertentu seperti Rhizomucor miehei menghasilkan enzim proteolitik yang mampu memberi kesan sama seperti renet haiwan. Renet sebegini pada asalnya tidak digemari kerana ia kurang menggumpal serta cenderung memberi rasa pahit kepada keju akhir, namun bahan sebegini banyak diperbaiki ketulenannya sehingga mampu menghasilkan keju bermutu tinggi.[3]

Rujukan

  1. ^ O'Connor., C. (1993-01-01). Traditional Cheesemaking Manual. ILRI. ISBN 9789290532736.
  2. ^ Tamime, Adnan Y. (2008-04-15). Brined Cheeses (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 978-1-4051-7164-9.
  3. ^ "Marzyme Microbial Coagulant" (PDF). BMBtrade.it. 2011.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.