Reefa
Reefa | |
|---|---|
| Nama lahir | Jerry Vincent Singh |
| Kelahiran | 28 Februari 1979 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Hip hop, rap |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, rapper |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1997–kini |
| Syarikat rakaman | Positive Tone |
| Anggota bagi | Too Phat AC Mizal Poetic Ammo |
| Kegiatan berkaitan | |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Reefa (lahir Jerry Vincent Singh; 28 Februari 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon dan rapper Malaysia. Dikenali sebagai penyanyi rap solo lelaki pertama negara, beliau menandatangani kontrak bersama Positive Tone dan muncul bersama album The Key of R.[1][2][3]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau berketurunan India dan beragama Kristian. Anak bongsu daripada tiga beradik lelaki, Reefa menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia yang sangat muda walaupun tidak mempunyai latar belakang muzik. Bapanya seorang ahli perniagaan, manakala ibunya seorang suri rumah.[4]
Beliau menghabiskan enam bulan pertama persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaa St. Paul's, Seremban, dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kelana Jaya selama 3 1/2 tahun. Selepas tamat Darjah 4, Reefa berpindah sekali lagi, kali ini ke S.M.K. Taman Dato' Harun, PJ. Selepas berpindah semula ke Seremban dan kembali ke institusi St. Paul untuk pendidikan Tingkatan 2 hingga 4, dan kembali ke Dato' Harun pada tahun berikutnya.[4]
Kerjaya
Bakatnya dicungkil dalam pertandingan rap yang diadakan di Petaling Jaya pada akhir 1997. Walaupun mendapat tempat ke-2, beliau berjaya menarik perhatian kumpulan Poetic Ammo yang secara kebetulan hadir pada pertandingan itu untuk menonton persembahan beliau. Mereka tidak lama kemudian memperkenalkan beliau kepada penerbit, Illegal yang kemudiannya merakam demo pertama Reefa untuk Positive Tone.[4]
Pada tahun 1998, Reefa muncul dalam album kompilasi Tricks & Tales yang mana beliau menyumbangkan dua lagu, iaitu "Uptown" dan "Hip Hop". Artis-artis lain yang turut menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi itu ialah Naughtius Maximus, Innuendo, Poetic Ammo, Ferhad dan Emberz of Soul. Album sulungnya, The Key of R dikeluarkan pada Disember 2000, dengan lagu "Week Ender" dan "So High" dikeluarkan sebagai single.[5][6]
Reefa juga berkecimpung dalam bidang lakonan, pernah membintangi sitkom Buddies dan filem My Spy.
Diskografi
Album studio
| Tajuk | Butiran album |
|---|---|
| The Key of R |
|
Album kompilasi
| Tajuk | Butiran album |
|---|---|
| Tricks & Tales |
|
Single
Sebagai artis utama
| Tajuk | Tahun |
|---|---|
| "Uptown" | 1998 |
| "Hip Hop Supply" | 1999 |
| "Week Ender" | 2000 |
| "So High" | 2001 |
| "Pertama Kali" | 2008 |
| "Body Sexin'" | 2009 |
Sebagai artis undangan
| Tajuk | Tahun | Penyanyi |
|---|---|---|
| "Bla Bla" | 1999 | Too Phat |
| "Materialistik" | 2000 | Nora |
| "Wanna Battle" | 2001 | Too Phat |
| "Monay Monay" | 2003 | Poetic Ammo |
| "Kali Pertama" | 2004 | AC Mizal |
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2008 | Histeria | Riz | James Lee | Filem pertama |
| 2009 | My Spy | Lelaki Arab | Afdlin Shauki |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1999–2001 | Buddies | Dirinya sendiri | TV2 | Drama pertama |
| 2008 | Ghost (Musim 1) | Jimmy Rozario | 8TV | |
| 2009 | Ten Ten Ten | Pelbagai watak | Astro Warna | |
| 2013 | What If | 8TV |
Rujukan
- ^ Marina Abdul Ghani (7 Disember 2000). "Rapping Reefa" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ Hafidah Samat (23 Disember 2000). "Reeled in by the talents of Reefa" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ Gerald Martinez (10 Disember 2000). "Raving about Reefa" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ a b c "Reefa: Bio" (dalam bahasa Inggeris). Angelfire. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Ahmad Saufi Mansor (29 November 2000). "Reefa muncul album Inggeris". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ Hanisah Selamat (1 Disember 2000). "The Key of R album sulung Reefa". Berita Harian. Dicapai pada 27 Disember 2019.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
