Ray Dapdap

Ray Dapdap
Kelahiran
Shah Reza bin Mohd Shah

(1979-06-08) 8 Jun 1979 (umur 47)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • pengacara
  • pelakon
  • emcee
  • voice over talent
Tahun aktif2004–kini
MajikanAstro Audio (2004-kini)
Terkenal keranaPenyampai radio popular di X FM, Era, dan Sinar

Shah Reza Mohd Shah atau lebih dikenali sebagai Ray Dapdap (lahir 8 Jun 1979) merupakan seorang penyampai radio, pengacara dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio X FM (2004-2010), Era (2010-2024) dan Sinar (2024-kini).

Kerjaya

Permulaan kerjaya

Ray memulakan kerjayanya di Astro Radio pada tahun 2004 sebagai anggota Skuad ERA sebelum beralih menjadi penyampai radio. Beliau mula-mula berkhidmat di X FM dalam segmen Ra'yat Pagi X dari 2004 hingga Mei 2010.

Era FM (2010-2024)

Pada Jun 2010, Ray berpindah ke Era FM dan menjadi salah seorang penyampai paling senior di stesen tersebut. Sepanjang 19 tahun perkhidmatannya di Era, beliau mengendalikan beberapa segmen popular termasuk:

  • Riuh Pagi Era
  • JoHaRa Pagi Era (bersama Johan dan Haniff)
  • 101 Era
  • Petang Era

Ray dikenali sebagai penyampai yang bersahaja, penuh humor dan tidak lokek berkongsi ilmu, terutamanya kepada penyampai radio baharu. Beliau sering menjadi rujukan rakan penyampai lain untuk mengemaskini kandungan segmen radio di Era mengikut kehendak pendengar. Pengurus Saluran Era, Azah Sahrin, memuji Ray sebagai individu yang pemurah dan sering membantu rakan sekerja.

Pada 9 Ogos 2024, Ray mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Era FM selepas 19 tahun berkhidmat, dengan alasan untuk memberi ruang dan peluang kepada generasi baharu mengendalikan stesen nombor 1 di Malaysia itu.

Sinar FM (2024-kini)

Pada 19 Ogos 2024, Ray menyertai Sinar FM dan mengendalikan segmen Pagi Di Sinar, meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio.

Aktiviti lain

Selain sebagai penyampai radio, Ray juga aktif sebagai:

  • Pengacara acara dan emcee
  • Voice over talent
  • Gaming content creator dengan saluran YouTube sendiri
  • Trader (aktiviti sampingan)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Lee Chong Wei: Rise of the Legend Penonton Filem pertama, penampilan khas
2019 Sangkar Bob
2024 The Experts Selamatkan Raya Rozland Filem pendek
The Experts Rozland (Lan)
Kahar: Kapla High Council Wakil Rakyat Liberal Penampilan khas
2025 Blood Brothers: Bara Naga Bos Sam Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Gaia (Musim 1) Jay Astro Ria Drama pertama

Episod: "Jay, Bella, Fifi dan..."

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Super Spontan 2013 Pengacara Astro Warna mengacara bersama Haniff Hamzah
Frust Gila
Bijak Bahasa Astro TVIQ
Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis Jemputan Astro Warna Episod 13 (Akhir)
2014 Betul ke Bohong? (Musim 5) Artis Jemputan Episod 7
Super Spontan 2014 Pengacara mengacara bersama Haniff Hamzah
2015 Betul ke Bohong? (Musim 6) penolong kapten Angah Raja Lawak Ketua Kumpulan Haniff Hamzah & Achey Bocey
Super Spontan All Stars Juri bersama Haniff Hamzah & Afdlin Shauki
Betul ke Bohong? (Musim 7) penolong kapten Angah Raja Lawak Ketua Kumpulan Haniff Hamzah & Achey Bocey

Animasi

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Mechamato (musim 3) Influenzo Musim 3, Alih suara

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
2004 – Mei 2010 Ra'yat Pagi X X FM
Jun 2010 – 9 Ogos 2024 Riuh Pagi Era, JoHaRa Pagi Era, 101 Era & Petang Era Era
19 Ogos 2024 – 6 Februari 2026 Pagi Di Sinar Sinar
9 Februari 2026 – kini Brader Brader Sinar

Kehidupan peribadi

Ray dikenali sebagai individu yang mesra dan mudah didekati. Beliau aktif dalam media sosial dengan lebih 197,000 pengikut di Instagram dan lebih 78,000 likes di Facebook. Tarikh lahirnya pada 8 Jun sering dirayakan dengan surprise daripada rakan sekerja dan peminat.

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.