Ramayan

Ditubuhkan di Sungai Buloh, Ramayan ialah sebuah kumpulan rock Malaysia dianggotai oleh Shafi’i Nasir (atau Pi’e lebih suka dikenali), Izzat Latif, Omar Saifuddin dan Naquiyuddin Azeem (Que).[1]

Vokalis Pi'e sebenarnya adalah anak kepada penyanyi-penulis lagu legenda M. Nasir.[2]

Kumpulan ini telah membangunkan reputasi untuk merintis bunyi neo-psychedelic dalam senario Malaysia, bersama kumpulan lain seperti Golden Mammoth dan Capt'n Trips and The Kid.[3]

Sejarah

Pada mulanya, Ramayan dibentuk dengan barisan Pi'e, Que, Omar, Amin Jali dan Nadzrul pada tahun 2014.

Pada tahun 2016, kumpulan Ramayan telah edarkan satu EP dengan lima lagu. Antaranya adalah lagu Sepintas Sastera Hati yang menunjukkan pengaruh kuat psychedelic dan jazz.[4]Lagu lain dari EP ini termasuk Akhir Kalam dan Oh Dewiku.[5]

Selepas tu, Ramayan telah mewakili negara di pentas dan festival antarabangsa seperti Archipelago Fest di Jakarta, Indonesia, dan Zandari Festa di Seoul, Korea Selatan. Mereka juga telah membuka untuk aksi antarabangsa The Temper Trap pada 2017, dan berkongsi pentas dengan band Indonesia seperti Barasuara dan Matajiwa.

Pada 2021, Ramayan menggugurkan album sulung bertemakan fantasi mereka Di Persiaran Cakrawala. Album ni termasuk lagu ballada Lamunan Anak Bulan, Puas dan Air Mata Raja.[6]

Pada tahun 2025, ia mengeluarkan album ketiganya Ini Adalah Ujian Transmisi yang menyaksikan pengaruh kuat disko dan funk meresap ke dalam muziknya. Antara lagunya ialah Dendang!, Jangar Biar (dengan penyanyi Lunadira), Gadis Berbaju Merah, Cita Cita Asmara dan Samudera.[7] [8]

Rujukan

  1. ^ "Introducing: Ramayan". Time Out Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
  2. ^ "LOCAL BAND: RAMAYAN (Pop / Rock) — Steemit". steemit.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
  3. ^ "Malaysia's very own neo-psychedelic band Ramayan are going mainstream with new experimental album, 'Ini adalah ujian transmisi'". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-05-28. Dicapai pada 2025-11-06.
  4. ^ Luncai Emas Sdn Bhd (2018-01-05), RAMAYAN - SEPINTAS SASTERA HATI - OFFICIAL MUSIC VIDEO, dicapai pada 2025-11-06
  5. ^ The Wknd (2015-11-08), Ramayan | Akhir Kalam (Live on The Wknd Sessions, #93), dicapai pada 2025-11-06
  6. ^ "Neo-psychedelic rock band Ramayan's debut after 4 years of 'intense concoction'". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-21. Dicapai pada 2025-11-06.
  7. ^ Ariffin, Fatin Farhana (2025-05-27). "Transmisi Ramayan selepas dikritik M Nasir". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
  8. ^ KOSMO!; YUSUP, NOR ERYANI (2021-03-15). "Ramayan harap tidak jadi mangsa 'pilih bulu'". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-11-06.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.