Qinasrin
Qinasrin (Arab: قنسرين, Syriac: ܩܢܫܪܝܢ; Qinnašrīn, Latin: Chalcis ad Bellum, juga dieja sebagai Qinsyren, Qinnasyrin, Qennesyren), ialah sebuah bandar purba di utara Syria. Ia mendapat nama sebagai pusat agama dan budaya Kristian Syriac sebelum kedatangan Islam. Qinasrin purba ialah tempat lahir ahli falsafah Neoplatonisme abad ke-3, Iamblichus.
Bandar ini terletak 25 kilometer (16 bt) di barat daya Aleppo, di tebing barat Sungai Quwaiq ((Arab: قويق). Pada zaman Byzantine (juga digelar Rum dalam penulisan Arab lama) bandar ini mempunyai jalan besar yang menghubungnya dengan Aleppo. Ia masyhur dengan sekolah teologi dan biara Kristian Syriac pada zaman itu.
Bandar ini menjadi pangkalan tentera Islam selepas ditawan tentera Muslim dan akhirnya ditinggalkan. Runtuhan bandar ini tertanam di bawah binaan kampung Syria moden bernama Hadir.
Lihat juga
Rujukan
- Phenix, Robert R. (2008). The sermons on Joseph of Balai of Qenneshrin: rhetoric and interpretation in fifth-century Syriac literature. Mohr Siebeck. m/s. 52–54. ISBN 978-3-16-149676-9.
Pautan luar
- (Inggeris) Galian di Hadir Qinasrin Oriental Institute
35°59′55″U 36°59′53″T / 35.99861°U 36.99806°T
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.