Pustaha

Sebuah pustaha, atau buku ramalan Batak, diukir dengan gambar Boraspati.

Pustaha ( Tulisan Batak : ᯇᯮᯘ᯲ᯖᯂ) ialah kitab ilmu hitam orang Batak . Kitab ini mengandungi mantera magis,ramalan,resipi dan hukum.Pustaha ditulis dan disusun oleh seorang pandeta-ahli sihir batak (Datu)

Etimologi

Koleksi Barak Pustaha / Laklak di Perpustakaan Negative siaendonbak di Jalandhar Medan Merdeka Selatan, Jakarta

Nama pustaha dip in Jamaica daripada perkataan Sanskrit pustaka (Sanskrit पुस्तक) yang bermaksud "suku" atau "manuskrip". Hal ini menunjukkan adanya pengaruh awal Hinduisme yang terhadap budaya Batak .

Bentuk dan bahan

Kandungan pustaha.

Secara fizikal, sebuah pustaha terdiri daripada dua kulit keras ( lampak ) dan helaian yang diperbuat daripada kulit pokok yang dilembutkan ( laklak ) untuk tujuan penulisan . Kulit keras biasanya diukir dengan motif ilik, iaitu cicak tokek yang melambangkan dewa Boraspati ni Tano, dewa bumi yang membawa kebaikan bagi masyarakat orang Batak Toba. Helaian pustaha diperbuat daripada kulit pokok alim atau kayu gaharu ( Aquilaria malaccensis ). kulit kayu ini dilembutkan dengan air rendaman beras, kemudian dilipat dan dijepit di antara dua kulit keras. [1] Sesetengah pustaha diperbuat daripada buluh atau tulang kerbau. [1]

Ritual

Sebuah pustaha ditulis dan disusun oleh seorang pandeta- pawang batak toba yang dikenali sebagai datu.Seorang datu menulis pustaha mengunakan askara batak dengan gaya bahasa kuno yang dikenali seagai hata poda. Perkataan poda ialah kata harian batak yang bermaksud nasihat, tetapi dalam pustaha,perkataan ini membawa maksud arahan atau panduan. Hata Poda bersal dari bahagian selatan tanah batak .


Pustaha digunakan oleh datu sebagai rujukan untuk segala hal yang berkaitan dengan ilmu magis, ritual,amuan ubat serta peramalan. Pustaha hanyalah salah satu daripada banyak alat ilmu hitam milik seorang datu, alat lain termasuk tongkat sakti yang mampu membawa tuah atau penyakit, tanduk ubat, kalender buluh dan pisau datu. [1]

Ilmu sihir

Gambar rajah ajaib dalam halaman pustaha yang disimpan di Muzium Etnologi Leiden .

Ilmu sihir yang terkandung dalam pustaha dikenali sebagai hadatuon ("pengetahuan datu"). Johannes Winkler (1874–1958), seorang doktor Belanda yang dihantar ke Toba pada tahun 1901 dan mempelajari pustaha daripada seorang datu bernama Ama Batuholing Lumbangaol, mencipta kajian menyeluruh tentang kandungan pustaha. Hasil kajiannya membahagikan kandungan pustaha kepada tiga jenis ilmu utama: seni untuk mengekalkan kehidupan (sihir putih), seni untuk memusnahkan kehidupan (sihir hitam), dan seni tenung.

Seni mengekalkan kehidupan atau ilmu putih merupakan salah satu kandungan utama pustaha. Beberapa contoh ilmu sihir putih dalam pustaha ialah seni membuat ramuan yang direka untuk melindungi peminum daripada penyakit dan kutukan; kaedah untuk mencipta azimat ajaib pelindung; resipi untuk ubat rumah; dan azimat. [1]

Seni memushnakan kehidupan atau ilmu hitam merupakan salah satu kandungan yang kerap terdapat dalam pustaha. Pengetahuan ilmu hitam dalam pustaha merangkumi cara untuk menyerang, mencederakan atau membunuh musuh. Contoh-contohnya boleh jadi amt mengerikan. Antara contohnya ialah Pupuk dan Gadam. Gadam ialah sejenis racun yang mampu menyebabkan kulit orang yang meminumnya menjadi bersisik seperti penghidap kusta. [1]

Seni peramalan dalam pustaha merangkumi ilmu astrologi, contohnya pengetahuan tentang hari baik atau hari malam dalam kalender. Ilmu astrologi dalam pustaha sangan dipengaruhi oleh Hinduisme dan menganungi pengetahuan tenntang zodiak, lapan arah mata angin, hari-hari dalam seminggu, serta jam-jam dalam sehari. Pengetahuan ini dikenali sebagai Porhalaan, iaitu Takwin Batak . .[1]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f Kozok 2009.

Karya yang dipetik

 

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.