Program Perumahan Rakyat

Program Perumahan Rakyat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). PPR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.
Status jualan
Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual, 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni, 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.[1]
Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Akan tetapi, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.[1]
Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 orang penghuni memenuhi syarat layak mendapat rumah PPR. 4,013 orang pula layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan manakala baki 278 permohonan pula masih dalam proses permohonan.[1]
Senarai Program Perumahan Rakyat
| Bil | Projek | Bil. unit |
|---|---|---|
| 1 | PPR Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur | 2,132 |
| 2 | PPR Lembah Pantai, Kerinci, Kuala Lumpur | 1,896 |
| 3 | PPR KL Linear City 2 Fasa 1, Kuala Lumpur | 1,264 |
| 4 | PPR KL Linear City 2 Fasa 2, Kuala Lumpur | 632 |
| 5 | PPR Kampung Seri Malaysia, Kuala Lumpur | 632 |
| 6 | PPR Kampung Malaysia Permai, Kuala Lumpur | 632 |
| 7 | PPR Sungai Bonus, Air Jernih, Kuala Lumpur | 316 |
| 8 | PPR Kampung Baru Air Panas Tambahan, Kuala Lumpur | 1,896 |
| 9 | PPR Bukit Jalil 1, Kuala Lumpur | 1,896 |
| 10 | PPR KTM Taman Kampar, Perak | 29 |
| 11 | PPR Buntong, Perak | 416 |
| 12 | PPR Balung 2, Tawau | 500 |
| 13 | PPR Telipok, Kota Kinabalu | 2,174 |
| 14 | PPR Telipok Ria, Kota Kinabalu | 2,400 |
| 15 | PPR Batu 5, Kuching | 816 |
| 16 | PPR Tampoi, Johor | 2,252 |
| 17 | PPR Tebrau, Johor | 2,000 |
| 18 | PPR Sri Stulang, Johor | 1,500 |
| 19 | PPR Pasir Pelangi, Johor | 960 |
| Jumlah | . | 24,343 |
Rujukan
- ^ a b c BERNAMA (20 April 2010). "21,611 Unit PPR Layak Dijual Kepada Penghuni". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 810 Mac 2018. Unknown parameter
|dead-url=ignored (bantuan); Check date values in:|access-date=(bantuan) - ^ Program Perumahan Rakyat Dasar Baru
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.