Privatir

Kapal Hindia Timur Kent (kiri) bertempur dengan Confiance, sebuah kapal privatir yang dipimpin oleh lanun Perancis Robert Surcouf pada Oktober 1800, seperti yang digambarkan dalam lukisan oleh Ambroise Louis Garneray.

Privatir ialah orang perseorangan atau kapal yang terlibat dalam peperangan kelautan di bawah suruhanjaya perang.[1] Memandangkan rompakan bersenjata merupakan perkara biasa dalam perdagangan laut, sehingga awal abad ke-19, kesemua kapal dagang membawa senjata. Pihak berkuasa yang berdaulat atau diwakilkan akan mengeluarkan tauliah, yang juga dirujuk sebagai surat lawan balas, semasa zaman perang. Suruhanjaya tersebut memberi kuasa kepada pemegangnya untuk melakukan tindakan perseteruan yang dibenarkan di laut bagi maksud perang. Ini termasuk menyerang kapal asing sebagai barang rampasan, dan anak-anak kapal dijadikan sebagai tawanan untuk pertukaran. Kapal yang ditangkap tertakluk kepada pengutukan dan jualan di bawah undang-undang rampasan, dengan hasil dibahagikan mengikut peratusan antara penaja privatir, pemilik kapal, kapten dan anak kapal. Suatu bahagian biasanya diberikan juga kepada pengeluar tauliah (iaitu pihak berkuasa).

Kegiatan privatir membenarkan pihak wewenang untuk meningkatkan pendapatan untuk peperangan dengan menggerakkan kapal bersenjata dan kelasi milik persendirian untuk melengkapkan kuasa sesebuah negara. Bagi mereka yang turut serta, kegiatan privatir memberikan keupayaan pendapatan dan keuntungan yang lebih besar daripada yang diperoleh sebagai para pelaut atau nelayan saudagar. Walau bagaimanapun, insentif ini meningkatkan risiko privatir beralih kepada lanun apabila perang tamat.

Rujukan

  1. ^ Thomson, Janice E (1994). Mercenaries, pirates and sovereigns (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: Princeton University Press. m/s. 310/3153. ISBN 9780691086583.

Bibliografi

Sumber primer

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.